Gula pasir 1 cawan
Marjerin 1 cawan
Air 1 cawan
Susu pekat manis 1/2 tin
Tepung gandum 2 cawan
Telur 3 biji
Soda bikarbonat 1 sudu besar
Esen vanila 1 sudu besar
Cara-cara membuatnya :
1. Sangai gula pasir hingga cair
2. Masukkan marjerin dan air perlahan-lahan dan biarkan sehingga menggelegak. Kemudian biarkan ia sejuk seketika.
3. Pukul telur hingga kembang kemudian masukkan soda bikarbonat dan esen vanila.
4. Masukkan campuran air gula ( Langkah 2 ) bersama susu pekat, kacau hingga sebati.
5. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau.
6. Sapu loyang dengan marjerin dan tuang adunan tadi.
7. Bakar dengan api yang kecil selama sejam atau menggunakan oven pada suhu 180°c selama 50 minit.