07 April 2011

PEGAGA KACANG HIJAU MASAK LEMAK.

Macam pelik...tapi sedap. Sebenarnya resepi ini bukan che-D yang punya, tapi ia adalah dari ibu mertuaku yang tercinta 
(Terima kasih Ibu Zaliah). 
Cara memasaknya sama macam masak lemak cuma, tambah kacang hijau je. Biasanya kita tambahkan labu atau keledek tapi cuba sekali-sekala kita tambahkan kacang hijau. Tak salah mencubakan.
Selain ianya sedap dimakan, lauk ini juga lebih tahan lama kerana menggunakan kacang hijau.
Sedikit info untuk kacang hijau ni - Sayuran dari keluarga kekacang ini banyak mengandungi vitamin B1 dan B2. Air rebusan kacang hijau sesuai diminum untuk insan yang ingin berdiet. 
Rakan-rakan cuba, try, test k...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan