3 Jun 2011,
Sebenarnya pada hari ke-3, nenda dibenarkan keluar dari wad I.C.U setelah kesihatannya stabil namun rawatan masih diteruskan dan berpindah ke wad second class. Sejak malam ke-3, mama June lah yang telah menemani nenda dikala malam hari. Manakala siangnya pula bergilirlah anak-anak nenda yang lain menjaga dan merawat nenda iaitu Makngah dan Mak Ucu.
5 Jun 2011,
Setelah lima hari Makngah dan Mak Ucu berkampung di Hospital Kluang, menjaga dan merawat nenda Fatimah akhirnya mereka perlu pulang kerana tuntutan kerja. Esok aku perlu menjaga nenda di hospital (waktu siang) amanah dari mama June.
6 Jun 2011,
Keadaan nenda kini semakin lemah akibat serangan angin ahmarnya baru-baru ini terutama kaki nenda. Jika dahulu nenda masih boleh dipapah tetapi kini nenda sudah tidak berupaya lagi. Semenjak dimasukkan ke hospital nenda belum mengeluarkan suara dan kemungkinan tidak berupaya bertutur dengan sempurna lagi. Makan dan minum nenda kini adalah menggunakan tiub, dan nenda hanya dibekalkan susu dan ubat sahaja. Aku diajar oleh misi cara feeding untuk nenda. Pakar fisio juga telah mengajar cara-cara senaman yang perlu dilakukan kepada nenda setiap hari agar sendi-sendinya tidak krem.
8 Jun 2011,
Akhirnya setelah genap seminggu Nenda Fatimah bermalam dihospital, barulah dibenarkan pulang. Sebelum pulang misi sekali lagi mengajar aku dan mama June cara-cara menguruskan nenda ketika dirumah nanti. Iaitu memberi feeding, senaman sendi dan juga memberi suntikan insulin. Satu ilmu baru kepada aku....bertuahnya dapat menjaga orang yang sakit. Bukan senang nak mendapat pengalaman berharga seperti ini.
Syukur... ada mama june.. kak long dan kak ngah...
BalasPadaminnalillah..semoge nenek che D semakin bertmbh baik kesihatannye.. ;)
BalasPadam