Pagi hari Jumaat ini che-D mendapat idea untuk memperbaiki blog @dee.licious. Dari tadi dok blogwalking & baca N3 kengkangwan, tetiba dapat idea untuk membuat satu label baru iaitu TAZKIRAH. Dalam tazkirah nie che-D akan memuatkan bahan-bahan bercirikan keagamaan yang sempat che-D baca dari mana-mana blog atau tulisan dalam internet. Yelah sumber dari internet nie kan tak terbatas dan lebih mudah berbanding dari dalam buku. Mudah-mudahan perkongsian ini menjadi peringatan kepada diri che-D sendiri dan kawan-kawan yang sudi membacanya.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? "
Yang paling jauh adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
"Apa yang paling besar di dunia ini? "
Yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
"Apa yang paling berat di dunia ini? "
Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.
"Apa yang paling ringan di dunia ini? "
Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.
"Apakah yang paling tajam di dunia ini? "
Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Kesimpulannya, Tujuan kita hidup ini adalah untuk beriman kepada Allah swt
semuanya takut..
BalasPadambagus tu, cuma bila copy paste dr internet ni, sila beri kredit & backlink pada sumber... begitu juga jika diambil dr buku... :)
BalasPadamSelamat menyambut Ramadhan Almubarak.
kak yong : terima kasih beri peringatan kpd che-D juga. Insya-Allah selepas ini che-D akan bubuh sumber dipetik.
BalasPadamummu muhammad : sekadar perkongsian dan peringatan kepada kita agar tidak lalai.