15 Julai 2011

MEE BANDUNG SPECIAL

Salam rakan-rakan sekalian, wah lama sungguh che-D tak online..Bissy sangat nie...Biasalah kerja banyak tertangguh, padan dengan muka eden...Last minute punye pasal, sampaikan nak online pun tak sempat. Lagipun bukan apa, takut bila dah online, laporan yang kene hantar tak dapat disiapkan. Nasib baik che-D dapat bantuan dari rakan-rakan yang lain..terima kasih kepada semua rakan che-D yang sudi membantu.

Semalam langsung che-d tak memasak. Habis kerja terus ada urusan yang perlu diselesaikan. Kelam kabut jugaklah dibuatnya...tapi alhamdulillah dapat diuruskan dengan jayanya. Sampai ke malam che-D lupa nak makan. Bila mr. suami balik barulah kami keluar makan. Malam-malam nak makan nasi malas, che-D terfikir satu restoran nie ada menyediakan beberapa hidangan spesial. Che-D pun order mee bandung special. Haa tengoklah gambar kat bawah nie, betapa grand dia punye bahan. Ada hirisan ayam, udang dan juga hirisan daging. memang power. Sampai kebuntat che-D dan mr. suami dibuatnya.



Buat rakan-rakan yang nak mencuba, bolehlah pergi ke kedai Kak Mai Arab di Jalan Hj. Manan. Emm kalau dah rasa, jangan lupa tinggalkan komen di sini, OK.

2 ulasan:

  1. nampak sedap sgt tu cheD! mase mule bace..ingatkan buat sendiri heee...tapi cheD mesti pandai buat punye..

    p/s: jln hj mana ktne cheD?tak berape nk perasn name kak mai arab tuh..

    BalasPadam
  2. Mee bandung nie memang sedap pun..kedai kak mai nie memang tak de singboard pun, depan hotel kat situ. Tak ingat pulak hotel apa ekkk..

    BalasPadam