Ini bukan matapelajaran KH tapi Bahasa Melayu. Minggu ini che-D mengajar tajuk kuih muih tradisional. Bukan main seronok lagi bebudak nie bila che-D kata esok kita masak satu resipi kuih muih tradisional iaitu Getuk Ubi. Semua bahan-bahannya cikgunya lah yang bawa dan sediakan.
Semua langkah-langkah dilakukan oleh anak didik che-D ini. Cuma part merebus je cikgunya tolong. Yang lain mereka buat mengikut arahan che-D. Tak lama pun P&P ini, satu jam memang cukup dan che-D sempat menyuruh mereka menyatakan semula langkah-langkah cara memasaknya. Sebelum ini che-D ada meminta mereka membuat karangan resipi nasi goreng, namun mereka tidak tahu cara membuatnya dan juga menulis resipi tersebut. Tapi dengan P&P sebegini mereka dapat mengingat dengan mudah, serta didedahkan dengan penggunaan penanda wacana.
Murid suka, cikgu pun gembira.
Inilah hasilnya...
Rajinnya che D ngajo anak2 murid buat getuk ubi...mesti enjoy diorgkan....
BalasPadamHaaa...memang pun, thanks cik cek kerana sudi ziarah di sini dan beri komen yang bernas..hehhehe
BalasPadam