11 Ogos 2011

IKAN KEMBUNG MASAK BERLADA


Salam...rasa macam lama che-D tak update n3 masakan. Pejam celik pejam celik dah hari ke-11 kita berpuasa. Hari nie che-D sempat masak ikan kembung berlada. Lagipun semalam dapat beli ikan kembung yang segar...syoknye bila makan. 

Sumber resepi : che-D @dee.licious

Bahan-bahan :
Ikan kembung dalam 4-5 ekor
10 biji cili padi
10 biji cili besar
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
Tomato kecil 
3 helai daun limau purut 
Sehelai daun kunyit dihiris
Air asam jawa
Sedikit garam dan gula

Cara memasaknya :
1. Goreng ikan kembung yang telah dipotong 2 terlebih dahulu dan asingkannya. Jangan goreng terlalu garing.
2. Tumbuk bahan tumis yang berwarna biru sehingga hampir lumat. Kemudian tumiskan dengan minyak yang panas.
3. Masak sehingga cili cukup masak untuk elakkan sakit perut. Campurkan air asam jawa dan juga daun limau purut yang telah diramas.
4. Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 
5. Terakhir masukkan ikan dan tomato dan gaul sehingga mesra.
6. Hias dengan hirisan daun kunyit.

6 ulasan:

  1. sedapnya :) dah lama ummi tak makan ikan kembong hehe....

    BalasPadam
  2. ha ah la..nampak sedap ikan tu..lama tak mam ikan nie....leh try resepi nie nanti ek.:)

    BalasPadam
  3. Princess Solehah : Ikan kembung nie memang best, lagi-lagi yang fresh rasanya daging dia manis gitu

    Fahz : Try la, nak copy resepi silakan. Jgn lupe link balik je...k.

    BalasPadam
  4. wah , best je nmpk! ishh kecur air liur. hehe

    BalasPadam
  5. rupa mcm sedap betul! nak cubalah resipi ni utk berbuka hehe

    BalasPadam
  6. unna & eva :
    trylah masakan ni sure sedap & simple.
    TQ sebab menjelajah resepi sampai ke sini.
    kalau nak copy resepi nie, dipersilakan just do back link to me,k my dear

    BalasPadam