29 September 2011

"BIASALAH DAH SEASON"

Haa...Itulah ayat yang terpaksa che-d gunakan untuk menjawab persoalan setiap kali saudara mara dan rakan-rakan tanya "Eh, apa hal dengan kereta kau?". Benda dah nak jadi kan...che-d pun tak tahu nak terangkan apa. Tapi menurut adik pomen tu, ring kat pinston dah jem...itu sebab minyak enjin keluar sampai ke filter. Aduhai...sedih sangat sewaktu melihat wonderpet tersadai kat bengkel (WONDERPET - adalah gelaran istimewa yang che-d & hubby gunakan untuk unta kecil kami).

Imbas kembali sewaktu wonderpet mula menunjukkan simptom kesakitannya. Masa tu hanya encit suami sahaja yang memandu. Che-d pula berada di rumah bonda sewaktu bonda mengadakan majlis tahlil untuk arwah nenda. Ketika encit suami sedang menuju ke rumah bonda...di persimpangan lampu isyarat (selepas free gear) tetiba enjin wonderpet termati dengan sendirinya. Pelikla juga, kasihan suami kerana terpaksa menolak sendiri wonderpet dan parking di tempat yang selamat. errmmm...Kini sudah lebih dari seminggu wonderpet berada di bengkel.

Keesokkannya...barulah kami memanggil pomen untuk melihat apakah sebenarnya yang berlaku. Bila adik pomen tu membuka filter, terkejut besar kami semua sebab minyak enjin penuh kat situ...patutlah wonderpet tak dapat dihidupkan malam tadi. Selepas dibersihkan dan buat jumping akhirnya enjin wonderpet berjaya di hidupkan dan dibawa ke bengkel dalam keadaan nafasnya yang tercungap-cungap. Cuak juga tapi akhirnya sampai la.

Sedihnya...terbarai anggota wonderpet.
Terima kasih kepada kak Hasnah kerana sudi menumpangkan che-d ke sekolah.

Yang bestnya....sewaktu ketiadaan wonderpet pelbagai cadangan dari ahli keluarga dan rakan supaya menggantikan wonderpet dengan yang lain. "Urrmm best jugak kan". Memang sebenarnya cadangan itu sudah ada..sebabtu la wonderpet merajuk agaknya. Tapi itu tidak mengganggu fikiran che-d sekarang, biarlah nanti-nanti difikirkan lagi..Apapun harapan che-d semoga wonderpet segera pulih dan cepat sembuh.
WE LOVE WONDERPET



1 ulasan:

  1. tulah kalau nk tukar mesti terkenangkan wonderpet yg banyak berjasa kak che D..dahlah minyak save..samelah kite..nak beli besar ongkos pun besa jugak..

    p/s: penatnyeee...

    BalasPadam