18 September 2011

MAJLIS TAHLIL

Selepas Program Marhaban & Ziarah anjuran Warga Sekolah che-D semalam, hari ini bonda buat Majlis Tahlil pula..(Al-Fatihah buat arwah Nenda Fatimah-semoga tenang di sana). Bonda buat Majlis Marhaban sekali. Walaupun penat badan che-D tak hilang lagi...tapi fikir setahun sekali jek...apa salahnya. Moga-moga mendapat ganjaran di sisi-Nya.

Kehadiran warga taman pula sangat menggalakkan. 
Al-hamdulillah...sampai ke anjung rumah penuh. 


Nie pula antara juadah yang bonda sediakan...
Sagu + santan dan kuih lapis tue che-D yang buat
Al-hamdulillah tiada pembaziran makanan langsung...
semuanya licin & selesai.


1 ulasan: