Assalamualaikum semua...rasanya agak lama juga che-D tak buat entry. Sepanjang minggu lepas che-D sibuk berkursus untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi matapelajaran Sains. Biasalah bila pergi kursus seminggu nie, rasa kerinduan yang amat nak ke sekolah tak dapat dibendung lagi. Ibarat seperti seminggu tak berjumpa kekasih...boleh gitu.
Pepagi nie che-D jejalan tetiba terbaca enry kat blog abg Ben. Che-D baca pengalaman abg ben menjadi seorang guru...wah tak sangka abg Ben pernah bergelar cikgu ghupanya. So che-D pun rasa terpanggil untuk buat n3 nie. Bukan apa saja nak mengimbau kembali perjalanan che-D menjadi guru.
Secara jujur dari zaman persekolahan menengah, niat untuk menjadi guru sudah berputik lagi. Dahulu che-D bersekolah di Sek.Tinggi Kluang ( zaman che-D ianya lebih dikenali sbg High School ). Kenapa che-D minat nak jadi cikgu waktu tue??? Ini lah jawapannya jadi cikgu boleh pakai baju cantik dan ramai org sayang. Itu anggapan awal che-D.
Selepas meneruskan pengajian diperingkat ijazah, bermacam-macam kerja juga che-D lakukan. Tapi hasrat menjadi guru tetap diteruskan. Akhirnya setelah mengharungi pelbagai tapisan kini che-D sudah bergelar cikgu selama 3 tahun. Walaupun pengalaman cikgu itu tidak seberapa sangat, namun kemanisan pengalaman itu tetap dapat dirasai.
Berbalik kepada tajuk n3 ini semula..."MUDAH KE MENJADI GURU". Di sini che-d ingin memberi sedikit ulasan menurut pengalaman che-d la. Guru kini tidak seperti guru yang dahulu. Menurut pengalaman rakan che-d yang ayahnya juga seorang guru....memang ia berbeza. Jika dahulu ayahnya hanya menggunakan rotan jika sudah tingkatan 2 tidak hafal sifir dan sentiasa membawa rotan ke kelas, kini anaknya tidak boleh gunakan rotan lagi. Walaupun tak hafal sifir guru perlu bersabar...jika terlebih marah murid akan membenci kita pula.
Walaupun masyarakat kini selalu di omok-omok dengan pernyataan "Mudahnya menjadi guru", pada che-d yang baru menimba pengalaman nan sedikit ni ianya menuntut banyak pengorbanan. Tugas guru kini tidak semudah dahulu. Guru kini selalu menerima ugutan dari murid jika kita mahukan yang terbaik dari mereka. Pelik tetapi itulah hakikat yang perlu diterima kini. Tugas guru sekarang bukan sekadar mengajar sahaja, banyak lagi kerja lain yang perlu laksanakan mengikut arahan semasa. Namun bukan itu yang ingin che-d perdebatkan.....
Apapun istilahnya Cikgu, Murobbi, Mursyid, Mu'alim, Mu'addib, Muddaris namun ia tetap berperanan sebagai guru dan pendidik. Tanggungjawab yang besar perlu dibereskan agar ia tidak menghalang kita dari menjejaki syurga yang telah tuhan janjikan. Menjadi guru perlu sepenuh hati kerana gelaran cikgu akan disebut sehingga mati hatta walaupun telah tiada di alam duniawi lagi. Wassalam...
pendidik adalah pekerjaan yg mulia..
BalasPadam