KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.
"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit. Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.
"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.
Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.
Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.
Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.
"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.
12 Oktober 2011
04 Oktober 2011
WONDERPET WAS MADE A FULL RECOVERY
Alhamdulillah, semalam wonderpet telahpun recover sepenuhnya
dari hospital. Nak tahu lebih lanjut baca ini. Gembiranya hati che-d melihat
wonderpet telah pulih dan dapat berjalan seperti biasa, cuma tak boleh memandu
laju sebab enjin baru dikhuatiri pinston panas. 1000km awal nie, tidak boleh
memandu melebihi 80km/jam.
Masa test drive semalam, che-d rasa mantap betul. Bunyi
enjin pun hampir tak dengar…memang adik pomen tue make over sungguh-sungguh.
Semua barang yang dia tukar ada warranty card. Che-d & encit suami memang
puas hati lah.
Cuma ada satu problem lagi....battery pun kene ganti. Tapi che-d dan suami ambil keputusan untuk tukar battery bulan hadapan. Yelah dah banyak wang dibelanjakan bulan nie. Adik pomen tue bagitau boleh tahan lagi sehingga bulan hadapan. Lega che-d dengar, wonderpet pun sangat bekerjasama.
WE LOVE WONDERPET.
02 Oktober 2011
WARNA WARNI
Meriahnya…kali nie che-d dijemput menjadi juri pertandingan mewarna. Penat semalam tak habis lagi…tapi bila dah kata setuju kene pergi juga lah, tak baikkan hampakan perasaan orang lain. Lagipun program nie adalah anjuran taman di mana tempat che-d di besarkan (taman rumah bonda). Kiranya kanak-kanak nie generasi ketiga taman nie lah…hehhe. Sebenarnya banyak lagi acara untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang lain, tapi nasib baiklah che-d hanya menjadi juri pertandingan mewarna sahaja.
Nak adili pertandingan mewarna nie nampak senang, tapi bila
semua kanak-kanak dah hantar kertas lukisan masing-masing baru berpinar mata
juri nak pilih yang mana satu patut dinobatkan sebagai johan, tempat kedua dan
ketiga. Errrmmm tak boleh bias…tau.
Tapi sebagai juri, banyak kreteria pemenang yang perlu
dititik beratkan. Antaranya ❶ pengalaan
yang penuh, ❷ permainan warna
yang seimbang, ❸ penggunaan
ton warna, ❹ idea kreatif
seperti melukis objek lain dan beberapa lagi. Saringan pertama : juri perlu
mengasingkan kertas lukisan yang mempunyai kreteria ❶ dahulu. Selepas itu barulah mudah sedikit kerja juri untuk memilih
pemenang berdasarkan kreteria ❷, ❸, ❹ dan lain-lain.
Banyak juga percanggahan pendapat sesama juri…yelah mata
lain-lain, masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Selepas berbincang jadi
kami pun bersepakat memilih pemenang. Kami tak bias kerana kertas lukisan mereka hanya ditandakan dengan nombor
sahaja.
Tahniah kepada yang telah menang, adik-adik lain boleh cuba lagi ye tahun hadapan. Hasil mewarna dipamerkan di dinding untuk tatapan ibu bapa.
Langgan:
Catatan (Atom)