01 November 2011

BERUBAH ANGIN

Assalamualaikum w.b.t 
Sebelum apa-apa, dee nak mulakan entri nie dengan kalimah 

Pertama-tamanya dee terlebih dahulu ingin meminta jutaan ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog dee. Rasanya korang pun tahu kenapa dee minta maafkan?? Sebab dee dah tukar alamat blog lama kepada yang baru. Dee memang minta maaf sesangat, harap-harap korang sudi memaafkan dee ye. 

Perubahan nie bukan apa, dee cuma nak berubah angin. Kebanyakkan entri yang dee tulis masih lagi berkaitan kehidupan dan masak-memasak cuma ada tambahan sedikit saje iaitu berkaitan pengalaman dee dalam bidang yang baru iaitu berbisness. 

Mulanya dee nak buat blog baru...tapi fikir punye fikir (ambil masa yang lama jugak la) dee sayang sangat dengan follower ::@dee.licious::. Jadi dee ambil keputusan untuk hanya menukar alamat sahaja dan insya-Allah dee akan menjejaki kalian semula. 

Sorry for all inconvenience course

Tiada ulasan:

Catat Ulasan