09 April 2011

KEJU dan Kelebihannya.

Salam semua. Baru-baru ini che-D ada terbaca dari blog ummu syifa yang menyatakan tentang rahsia makan keju. Menurutnya keju ini dapat membantu menambahkan selera anaknya yang tidak suka makan. Hanya memberikan sekeping keju setiap hari, kini berat anaknya sudah ideal.
KEJU : merupakan makanan yang mengandungi protien dan lemak daripada susu. Ia terhasil dari proses penggumpalan protien kasein susu.


Cari punye cari jumpa juga info nie :
Menurut Pakar Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu, golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju.
Sebagai contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 
36 peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan gizi yang dicadangkan untuk sehari.

Keju adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju.
Kepada ibu yang sudah putus asa kerana cuba memberikan makanan kepada anak-anak, ibu cubalah dengan masakan yang berasaskan keju. Pasti ibu dapat pancing hati anak ibu...

**Entry ini che-D post atas permintaan mama eyta.
    Akan datang, che-D update masakan SI CILIK k. Sabar ye..