Memaparkan catatan dengan label GEMPAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GEMPAR. Papar semua catatan

12 Oktober 2011

SANGAT MERUNSINGKAN! RAMAI BELIA GAGAL URUS KEWANGAN

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit. Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan. "Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan. Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara. Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.

"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.

27 September 2011

KES SERUPA CANNY ONG

Ini adalah info terbaru yang che-D dapat dari salah seorang rakan FB. Kecut perut juga bila che-D baca cerita nie. PERINGATAN INI ADALAH UNTUK SEMUA TETAPI KHUSUSNYA KEPADA KAUM WANITA.... MINTA BACA!!! 


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. 


Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. 


Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. 


Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka. 


Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! 


Jadikan amalan : 
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!


Be extra careful,ladies...Please pass this on to all the entire ladies out there and also men who love their ladies!!!

09 September 2011

HARGA BARU TOPUP

Pagi-pagi lagi che-D dah dengar berita kenaikan harga topup. Waktu tue che-D dalam perjalanan menuju ke sekolah, che-D terdengarlah celoteh Cik Fafau kita pasal harga topup naik 6%. Tapi che-D tak heran sangat sebab che-D guna bil dan sememangnya dikenakan tax 6% tue. 

Just Check :
Kalau penggunaan setiap bulan RM 50.00 = cuma kena tambah RM 3.00 je...ok lah tue


Apa nak buat, zaman kita nie semua nak minta bayaran lebih.
Harapan che-D bila mereka memungut tax dari pengguna ialah
KUALITI SERVIS YANG DIBERIKAN HARUSLAH LEBIH BAIK 
DARI SEBELUMNYA terutamanya coverage di kawasan terpencil...
contohnya di sekolah che-D nie lah...hehehehe :)

22 Mei 2011

AL-FATEHAH BUAT MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI MADRASAH AL-TAQWA

Assalamualaikum...Semalam Malaysia telah digemparkan dengan isu tanah runtuh. Kasihannya che-D melihat ratapan dari ahli keluarga mangsa kejadian tanah runtuh tersebut. Terlalu hiba kerana kesemua anak-anak kecil yang menjadi mangsa ini adalah anak yang tidak mempunyai dosa. Gambar di bawah ini adalah merupakan gambar yang sempat di ambil beberapa ketika sebelum terjadinya kejadian yang menyayat hati itu.
Dipercayai ketika kejadian tanah runtuh berlaku, pelajar Madrasah Al-Taqwa ini sedang membuat latihan nasyid. AL-FATEHAH buat kesemua magsa....