05 April 2011

Ruangan MASAKAN SI CILIK

Junior MasterChef Australia.pngSalam semua...Che-D berasa sungguh teruja sekali dengan Program MasterChef. Baru-baru nie pulak sudah ada Junior MasterChef ( Pemenang Musim Pertama = Isabella, 12 ). Amat bersesuaian dan bertepatan skali dengan blog Che-D ni. Untuk itu, Che-D ingin mewujudkan satu lagi ruangan yang bertajuk Masakan Si Cilik.
Menurut pemerhatian Che-D, hebat sungguh kanak-kanak dalam program ini memasak, macam Chef dewasa. Sebenarnya, kepada ibu-ibu yang ingin melihat anak-anakmu cerdik,cergas dan cerdas.....bawalah mereka ke dapur masak anda. Ceritakan kepada anak-anak apa yang akan ibu masak, cara penyediaannya...dan minta anak-anak membantu ibu. Walaupun anak anda sering bertanya itu dan ini (jangan marah ibu dan jawab dengan senyuman), itu bermakna anak-anak hendak belajar. Lumrah kanak-kanak kan.
Sesudah makanan siap dihidangkan, maka santaplah hidangan makan malam bersama seluruh ahli keluarga tercinta. Ucapkanlah kesyukuran (bacaan doa) bersama-sama. Jangan lupa ibu, ajar anak-anak menghormati orang tua semasa dimeja makan, ajar membasuh pinggan dan juga mengemas.
Che-D pasti, kelak anak-anak ibu akan menjadi seorang insan yang cemerlang...Insya-ALLAH.
Apa pendapat anda???

3 ulasan:

  1. muhammad~masalah ibu muhammad kan chef D, die kemalasan masuk dapo..pade pendapat chef D, ape penyelesaian kepade permasalahan ibu Muhammad ni.. ;D

    BalasPadam
  2. Ibu muhammad, sikap kemalasan itu tak harus dipupuk. Satu tips dari Che-D ialah, ibu muhammad boleh ajar muhammad memasak dalam komputer. Hehehe...tp percayalah ianya juga satu proses pendidikan. Adik Che-D dah cuba, kecoh betul anak-anak buahku itu.

    BalasPadam
  3. Muhammad~ chef D cube tgk ni http://wanryna.blogspot.com/ die mintak khidmat tepung goreng pisang rangup..

    BalasPadam