15 Julai 2011

AKHIRNYA.....

Hari ini tak kira apa jadi, jadilah. Che-D mesti uruskan juga. Wah...banyak-banyak bersabar. Isu hari tak la besar mana pun cuma che-D mesti jumpa doktor gigi untuk cabut gigi bongsu yang tak menjadi...hehehe. 

Biasalah kalau dah nama gigi bongsu nie kan suka hati dia je nak keluar cam mana pun. Tahun nie je che-D dah 2 kali cabut gigi tau. Kedua-duanya adalah gigi bongsu. Yang pertama dulu masa awal tahun 1st week naik sekolah. Yang hari nie pula kali kedua. Dahsyat betul kan. 

Mengimbau kembali saat gigi bongsu che-D nak keluar, memang seksa. 2 minggu demam seram sejuk (waktu malam). Masa tue umur che-D baru 22 tahun dan masih belajar di UPM. Takut dibuatnya kerana waktu tu kecoh satu hostel pasal demam denggi dan ada mahasiswa yang baru meninggal kerana denggi berdarah. Che-D telepon mama June dan keesokkan terus che-D di bawa pulang ke home sweet home. Buat check up tak de sakit apa just demam panas, dapat MC 3 hari. Ya Ampun seksa kena demam menggigil-gigil tu.Baik je dari demam rupanya gigi bongsu nak keluar. Sabo je lah.

Kini kedua-dua gigi bongsu che-D dah di cabut. Sebenarnya hasrat mencabut gigi dah lama che-D peram, dari bulan lepas lagi semasa ada program Jom Jaga Gigi dan Kesihatan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor di kampung tempat che-D bertugas. Tapi atas nasihat doktor pada ketika itu, che-D tangguhkan kerana keadaan gusi yang bengkak dan peralatan yang tidak mencukupi. 

Gambar nie che-D ambil semasa Program Jom Jaga Gigi tempoh hari.

Nampaknya hari nie che-D tak boleh la makan yang panas-panas dan yang sejuk-sejuk (meaning yang sejuk tue fresh from fridge). Cam mana tu?? Yang sedang-sedang jek la, Lagipun che-D dah stanby bubur ayam Yans...hehehe. Lapar nie dari pagi cume sarapan beberapa kepingan biskut. 


2 ulasan:

  1. akhirnya! bile?petang tadi ke mencabut tuh? selese dah nak makan..tapi kite tgk gigi cheD memang cantik..gigi bongsu takpe..takde fungsi sgt kot kan..

    BalasPadam
  2. Gigi cantik, senyuman menawan qui,qui,qui. TQ ummu muhammad di atas pujian tadi.
    Che-d cabut gigi nie petang jumaat la. Lagipun gigi bongsu nie dah pecah, Dr. bagitau pun dah tak le tampal, so che-D redha je lah.

    BalasPadam