14 Ogos 2011

SPECIAL SANGAT..!! KERABU KERANG


Salam semua...walaupun hujung minggu nie che-D agak sibuk tapi masak-memasak masih sempat lagi. Hari nie rasa teringin nak makan kerang..Fikir punye fikir last-last buat KERABU KERANG. Kat luar tue macam-macam cara orang buat kerabu kerang tapi ini resepi che-D. Haa, so check it out kat bawah nie k.

Sumber Resepi : che-D @deelicious

Bahan-bahan :
1 kg kerang
3 helai daun kunyit.
2 ikat sayur pucuk paku
sedikit sayur taugeh
10 biji tomato kecil
15 biji cili padi
2 labu bawang besar
air asam jawa
5 biji limau kasturi
1 sudu gula

Cara membuatnya :
1. Rebus kerang sehingga masak bersama garam dan daun kunyit. Kemudian di tus dan buang kulitnya.
2. Celur sayur pucuk paku dan juga taugeh. Kemudian tuskan airnya juga.
3. Potong bawang dan cili padi. Masukkan ke dalam air asam jawa yang telah dibuat.
4. Campurkan gula dan perahan air limau kasturi. (che-D hiris kulit limau kasturi nie dan masukkan sekali ke dalam kerabu, buat baunya lagi sedap)
5. Sediakan mangkuk yang besar dan gaul kesemua bahan-bahan tadi. Hiaskan dengan tomato.
6. Kerabu kerang telah siap untuk dimakan.

Senangkan...rasanya pun sedap...Macam makan kerang cecah air asam gitu...Cuba, try, test la kalau nak tahu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan