05 Mac 2011

ANAK LELAKI @ PEREMPUAN ???

Di sini Che-D ada info menarik yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan. Kebetulan entri ini Che-D dapat dari rakan sekerja Che-D (Lin). Kesahihan jadual ini dikatakan 99% tepat dan telah dibuktikan oleh ramai wanita dan para ibu-ibu. Jadual ni, khabarnya diambil oleh ilmuwan dari makam kerajaan dekat Beijing. Naskah aslinya terkubur selama 700 tahun dan sekarang disimpan oleh Institut Ilmu Pengetahuan Beijing. 
Penggunaan jadual ini mengambil kira umur ibu dan juga bulan terkonsepsinya janin di rahim ibu. Pengiraan ini ada pening-pening sikitla, sebab kene ingat balik umur dan bulan terbentuknya janin anak-anak. Rakan-rakan cubalah try..test ye. 

Namun rakan-rakan harus diingatkan juga agar tidak bersandarkan kepada ketentuan jadual jantina ini semata-mata.  Kita hanya mampu merancang, hanya tuhan yang maha mengetahui segala-sagalanya.

p/s : Che-D pasti mencubanya kelak...
        Rakan yang telah mencuba pengiraan ini, silalah beri komen anda.

13 Februari 2011

PENTINGNYA ENGLISH EDUCATION

Salam..lama che-D tak publish entry. Dua tiga hari nie tak brape sihat almaklumlah cuaca tak menentu (ksian cuaca pula yang kupersalahkan). 
Straight to the point, haha. Sementara demam hantu kak limah masih suam-suam kuku lagi nie, che-D ambil kesempatan ini untuk buat satu lagi ruangan...iaitu ENGLISH EDUCATION.
Thanks to En. Yusuf Wilcha kerana telah mempromosikan ENGLISH EDUCATION kepada semua rakyat Malaysia. 


05 Disember 2010

KEK GULA HANGUS

Gula pasir                  1 cawan
Marjerin                     1 cawan
Air                              1 cawan
Susu pekat manis       1/2 tin
Tepung gandum         2 cawan
Telur                           3 biji
Soda bikarbonat         1 sudu besar
Esen vanila                 1 sudu besar

Cara-cara membuatnya :
1. Sangai gula pasir hingga cair
2. Masukkan marjerin dan air perlahan-lahan dan biarkan sehingga menggelegak. Kemudian biarkan ia sejuk seketika.
3. Pukul telur hingga kembang kemudian masukkan soda bikarbonat dan esen vanila.
4. Masukkan campuran air gula ( Langkah 2 ) bersama susu pekat, kacau hingga sebati.
5. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau.
6. Sapu loyang dengan marjerin dan tuang adunan tadi.
7. Bakar dengan api yang kecil selama sejam atau menggunakan oven pada suhu 180°c selama 50 minit.