24 Mei 2011

DAPURKU KEMBALI BERASAP

Salam semua...lama che-D tak update n3 masakan...Isyyyhh rindu bukan main lagi. Walaupun tak update tapi gambar masakan tetap ado. Nak kata sibuk boleh tahan jugaklah. Kerja kat sekolah tak pernahnya nak settle, (ayat cinta yang biasa) klise. Lagi pun bulan nie che-D baru berpindah ke rumah baru, sibuk mengemas tu tak habis lagi, repair sana-sini, beli itu-ini, aduh pokai awal bulan nie.


Che-D dah lama ingin nak beli frypan, tak kisahla jenama apa asalkan yang longlasting. Puas survey merata kedai at last che-d try survey kat Pakson. Harga dia boleh tahan la RM80++ hingga RM100++. Tapi tak jadi juga beli, just beli cadar je. Tetiba bila dah balik umah tue teringat pulak point bonuslink... cecepat update my point dan akhirnya che-D meredeem Teflon Non-stick Frypan 28cm ini untuk mamantapkan lagi peralatan dapur memasakku. Haa.........lega rasanya sebab tak kluar sesen pun. Berbaloi juga la guna bonuslink. Kawan-kawan redeem la juga kat sini, sebelum point tu expired. Cepat sebelum terlambat.

Terima kasih BONUSLINK.

22 Mei 2011

AL-FATEHAH BUAT MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI MADRASAH AL-TAQWA

Assalamualaikum...Semalam Malaysia telah digemparkan dengan isu tanah runtuh. Kasihannya che-D melihat ratapan dari ahli keluarga mangsa kejadian tanah runtuh tersebut. Terlalu hiba kerana kesemua anak-anak kecil yang menjadi mangsa ini adalah anak yang tidak mempunyai dosa. Gambar di bawah ini adalah merupakan gambar yang sempat di ambil beberapa ketika sebelum terjadinya kejadian yang menyayat hati itu.
Dipercayai ketika kejadian tanah runtuh berlaku, pelajar Madrasah Al-Taqwa ini sedang membuat latihan nasyid. AL-FATEHAH buat kesemua magsa....

I'am Back Again

Assalamualaikum semua...Ape khabar...harap-harapnya sihat la ye. Al-maklum jelahkan cuaca sejak kebelakangan ini memang panas terik. Che-D pun dah lama tak update blog...entahlah soon tak mari. Hari-hari jengah blog...tapi malas nak update. Che-D pun sebenarnya baru pulih dari demam yang teruk...biasalah setahun mesti kena yang kaw punyeeee. Jarang kene demam tapi bila sekali dah kena...haa ambik.
Ok lah...tak mau citer banyak, che-D nak terus berblogging...
Huh...semangat-semangat. CHAYOK !!


16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU...


Esok, 1 Malaysia akan meraikan Sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya
Hari Guru disambut oleh kebanyakkan negara di dunia ini. Cuma 
tarikhnya saja yang berbeza. Besar sungguh jasamu wahai GURU.
Mana taknya kalau arkitek membina bangunan tinggi, jurutera membina robot, 
GURU ?? Guru adalah ARKITEK BANGSA.

Sedikit info tentang HARI GURU di Malaysia : ia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. (sumber dari wiki)


Tema Hari Guru :
  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

05 Mei 2011

LEMPENG SPECIAL

 Salam semua, ape khabar? Lama jugak che-D tak publish 
N3 masakan. Apepun hari nie walaupun kemalasan 
melanda akhirnya ku buat juga 
lempeng kegemaran ku dan juga suami. 
Yang speselnya ialah sambalnya...bukan lempeng k.
Biasanya ramai yang suka buat cicah sambal tumis, tapi
che-D buat sambal cili padi + asam.
Kerana dek kemalasan hendak merebus dan memblander 
cili kering. Che-D gerenti, rasanya memang best, 
lain dari yang lain.


01 Mei 2011

..KASIHNYA IBU..

Tak lama lagi, 1 Malaysia akan menyambut HARI IBU
pada tanggal 8 MEI 2011
Buat pengetahuan rakan blogger sekalian, negara kita meraikan
Hari Ibu pada hari Ahad minggu ke-2 setiap tahun.
Sungguh besarkan jasa ibu kita.


Nukilan buat Ibu.
Kata ibu, aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

che-D sayang kedua-dua ibuku
Mama June dan Ibu Zaliah
Kawan-kawan pun jangan lupa jasa ibu kalian ye.