28 Jun 2011

BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.

'Baling batu sembunyi tangan' merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan tidak berani mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas perbuatan atau keputusan yang dibuat. Ada berbagai alasan yang boleh dikaitkan dengan 'baling batu sembunyi tangan' umpamanya takut mengambil tanggungjawab kerana bimbang dipersalahkan dan bermacam lagi.


Pelaku perbuatan 'baling batu sembunyi tangan' ini boleh jadi melibatkan orang yang tiada hubungan antara satu sama lain. Ianya juga berkemungkinan boleh melibatkan orang yang mengenali antara satu sama lain tetapi yang paling tinggi 'makamnya' adalah jika melibatkan pemimpin dengan orang yang dipimpinnya.

'Baling batu sembunyi tangan' amat tidak dituntut sama ada oleh hukum alam atau hukum manusia terutama sekali dalam situasi ketiga. Seseorang pemimpin tidak boleh dalam apa jua keadaan sekalipun mengamalkan 'baling batu sembunyi tangan'. Kedudukan sebagai seorang pemimpin datang bersama dengan tanggungjawab. Sekiranya tidak sanggup memikul tanggungjawab hasil dari sesuatu keputusan yang dibuat, maka amat layak kedudukan pemimpin itu dipersoalkan.

Apabila seseorang pemimpin membuat sesuatu keputusan terutama yang akan menyentuh kepentingan banyak pihak lain maka ianya turut menuntut sikap pertanggungjawaban beliau. Bagi seorang pemimpin, sikap lepas tangan atau 'baling batu sembunyi tangan' tidak sepatutnya berlaku dalam apa jua keadaan atau walau sesukar mana keadaan sekalipun.

Sesungguhnya bersikap 'baling batu sembunyi tangan' boleh mendedahkan identiti diri kita yang sebenarnya. Cuba bayangkan sekiranya orang lain mengetahui perbuatan 'baling batu sembunyi tangan' kita.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah....


1 ulasan:

  1. baling batu..nampak tangan lagilah cheD heheh..tadi dah pegi tanye sendiri..siap duduk dgn org bermeeting lagi..takdirnye memang name saye sedang disebut semase kejadian tadi..antare 3 name yang diberi pihk atasan..takpe2 saye suke je.. ;)

    BalasPadam