01.06.2011, Nenda Fatimah dimasukkan ke hospital. Seawal kul 9pagi Mama June dah bagitau yang nenda mengalami kesesakan nafas dan di hantar ke hospital. Patutlah semasa che-d menyuapkan nenda makan pada Ahad lepas (29/5) nenda tak boleh nak telan, lama dikemam makanan tue baru boleh telan. Minum pun serupa itu juga. Nenda berumur 74 tahun, dan mempunyai pakej penyakit yang lengkap.
Pada jam 10pagi, nenda telah dimasukkan ke Wad Unit Rawatan Rapi (I.C.U). Semua anak-anaknya telah che-d telefon, tetapi Mama June lagi cepat, lebih dahulu telah memberitahu mereka. Macam-macam ujian dan saringan telah doktor lakukan kepada nendaku. Biasalah prosedur katanya....Seawal jam 12.30tghari baru kami dibenarkan melawat. Terbaru nie nenda disahkan mengalami penyakit lemah jantung dan juga paru-paru berkuman. Kebanyakkan organ dalaman nenda pun sudah semakin lemah. Kasihan nenda.
Semoga awak terus bersabar dan berdoa, minta pada Allah supaya nenek terus sembuh, sayapun baru saja kehilangan anak saudara berusia 18 tahun, muda tu! Apapun redha dengan ketentuan Allah.
BalasPadamThanks akak...saya pun ucapkan takziah kpd keluarga akak. Semoga tuhan mempermudahkan segala urusan kita.
BalasPadam