20 Julai 2011

CUCUR VADEH @dee.licious

Haa...hari nie excited che-D buat hidangan minum petang. Nak mencuba resepi baru. Sebenarnya che-D dapat ilham nak buat cucur nie bila tengok chef wan masak guna produk ayamas. Apalagi cecepat che-D cuba, lagipun resepinya mudah. Kalau kawan-kawan nak cuba....silakan.



Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung kacang dhal
1/2 cawan tepung gandum ( jika tak bubuh pun x pe)
1 bungkus hotdog hiris halus
1 sudu besar udang kering ditumbuk halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji cili merah / lada kering
daun kari
garam

Cara membuatnya :
1. campurkan semua bahan tadi dengan 2 cawan air sejuk.
2. panaskan minyak dan goreng seperti cucur.
3. hidangan dan siap sedia untuk di makan.

encit suami komen...suke, 
sedap la yang.


1 ulasan:

  1. cik anon berkate-kate:

    Adakah terdapat perkataan 'cecepat' di dalam kamus bahasa dan pustaka? Harapnya CheD tidak lagi merosakkan bahasa melayu kita!

    p/s: kan dah kene tegur cheD..

    BalasPadam