Dalam kalangan blogger Malaysia, ada trend terbaru iaitu segmen
Wordless Wednesday (kalau pengguna twitter akan guna
hashtag #ww atau #wordlesswedenesday) pada setiap hari Rabu.
Sebenarnya trend ni takde lah baru sangat di Malaysia,
baru sahaja popular beberapa minggu (atau beberapa bulan?) yang lepas.
Kalau blogger luar Malaysia dah lama dah join benda ni.
Apa itu Wordless Wednesday?
Ni saya copy dari laman web Answers.com:
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Komuniti #WordlessWednesday blogger Malaysia
Menariknya kini, di Malaysia, beberapa orang blogger telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah Facebook Page dan blog untuk blogger Malaysia berkongsi entry Wordless Wednesday mereka. Jadi setiap hari rabu, boleh lah korang terjah ke page ini untuk lihat hasil-hasil kreatif blogger Malaysia, atau pun submit entry korang di sana. Sebenarnya blogger Malaysia ni pun ramai gak yang kreatif hehe.
Wordless Wednesday kreatif blogger Malaysia
Ini antara entry wordless wednesday yang kreatif yang sempat saya tengok. Sebenarnya mungkin ada banyak lagi kat luar sana. Apa-apa pun, teruskan berkarya, blogger Malaysia memang kreatif.
**sumber copy & paste di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan