06 Ogos 2011

BUFET RAMADHAN

Assalamualaikum kengkawan sekalian, macamana puasa hari ke-6 ni. Minggu pertama nie ramai yang masih keletihan..termasuklah che-D. Biasalah tubuh badan kita nak sesuaikan dengan keadaan berpuasa. Insya-Allah minggu ke-2 pasti akan lebih baik lagi.

Kebetulan hujung minggu nie ramai ahli keluarga yang pulang menziarahi ibu Zaliah dikampung. Nak berbuka puasa beramai-ramai katanya. Tapi taklah seramai mana cuma 4 keluarga sahaja. Che-D dan ibu Zaliah memang excitedlah nak memasak, tapi diorang ajak makan bufet pulak. Pada che-D bufet nie sangat membazir, yelah bayar mahal tapi makan banyak mana lah boleh sumbat kan. Emm...layan je lah.


Menjelang 7 malam maka berdedai-dedai ahli keluarga pergi ke hotel yang telah mereka tempah. Makanan yang disediakan kat sini pada che-D lah boleh tahan saje. Tak banyak juadah seperti beberapa tahun lalu. 

lamb chop pillihan che-D

lamb chop yang disediakan oleh encit suami

Memandangkan makanan tak banyak sangat choice, so kitaorang pilih yang mahal-mahal jek la. Masing-masing balun lamb chop....tu dia. Encit suami sempatlah tambah lagi sekeping lamb chop. Che-d pulak try makanan yang lain laksa nyonya...

 laksa nyonya...ok la..
perut dah kenyang.

Makanan family yang lain che-D tak sempat nak ambil...Yelah, diorang ambil terus makan...tak sempat che-D nak capture....errrmmm. Kitaorang stay kat sini lama, sampai kul 9.30mlm. Sambil bergilir-gilir pergi bilik solat. Pastu sambung lagi makan dan bersembang. Waktu bufet sampai kul 10.30 tapi masing-masing dah tak larat dah...kebuntat perut masing-masing dibuatnya. 

gambar anak buah yang dah keletihan main kejar-kejar
mak&ayah masing-masing rancak jek berbual.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan