08 Ogos 2011

TELUR GORENG MASAK TAUCU PUN OK JUGA..

Hehehe...sebenarnya lauk nie che-D masak untuk bersahur semalam. Walaupun berat jek mata nie pada awalnya nak bangun tapi tetap ku gagahi juga. Besar pahala orang bersahur nie.

Ramai yang menghadapi masalah bila nak masak sahur. Kebanyakan family kat luar sana tu, just panaskan jek lauk berbuka malam tadi kan....ye tak ye. Errrmmm ataupun masak scramble egg

Ibu-ibu cubalah resepi telur goreng masak taucu nie sekali sekala....yelah selagi mood bersahur tu masih ada. Lepas minggu ke-2 nanti mesti dah tak bangun sahur punye...baik cuba awal-awal nie.

Dalam resepi nie che-D terus masukkan sekali stok sayur-sayuran yang ado kat dalam peti tu...kobis bunga & sayur kacang peas. Kalau bubuh lobak merah dan kacang panjang pun ok jugak.
 

Bahan-bahan :
Telur ( mengikut bilangan ahli keluarga )
1 sudu besar taucu
1 sudu kicap manis
2 biji lada hijau
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sayur kobis bunga
Sayur kacang peas
sedikit air asam jawa


Cara membuatnya :
1. Goreng telur mengikut bilangan ahli keluarga yang ada. Asingkan ke pinggan lain dahulu.
2. Potong kesemua bahan tumis di atas. Tumis dengan minyak yang panas dan kemudian masukkan beberapa jenis sayur-sayuran kegemaran anda.
3. Masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit kicap manis biarkan mendidih. Tidak perlu masukkan garam kerana taucu sudah masin.
4. Masukkan telur goreng dan hidangan bersahur telah pun siap.

source : che-D@deelicious

Tiada ulasan:

Catat Ulasan