09 Ogos 2011

LEMAK PISANG MUDA



Assalamualaikum...tup tup dah hari ke-8 kita berpuasa. Juadah apa tuan-tuan & puan-puan masak hari nie. Errrmmm pening jugak kan nak fikir masakan apa nak disajikan kepada keluarga tercinta. Hari ni che-D nak try masak lemak pisang muda.

Sebenarnya che-D baru pertama kali cuba nak masak lemak pisang nie, yelah bukan teror sangat pun bab masak...just try & error. Ini yang simple saje...kalau nak sedap bubuh la hirisan daging ataupun babat lembu.


resepi : che-D@deelicious


Bahan-bahan :
1 sisir pisang lemak manis muda
Santan pekat 150gm
Udang kering sebagai perencah
2 biji bawang besar dan bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 sudu ketumbar
1sudu kecil jintan halus
Sedikit lada hitam (gunakan sedikit sahaja elakkan panas badan di bulan puasa)
2 batang serai




Cara membuatnya :
1.      Buangkan kulit pisang muda tersebut dan rendamkannya ke dalam air garam. (buang kulit yang nipis sahaja)
2.      Tumbuk kasar pisang muda yang telah dibuang kulit menggunakan lesung batu. Asalkan pecah 3 atau 4 ok la.
3.      Rebus kesemua pisang dengan air garam. Setelah mendidih buangkan air tadi untuk buang getahnya.
4.      Tumbuk bahan perencah iaitu udang kering, bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, ketumbar, jintan dan lada hitam.
5.      Rebus pisang tadi dengan santan yang cair. Setelah mendidih masukkan bahan perencah yang telah ditumbuk.
6.      Masukkan santan pekat, garam secukup rasa dan juga batang serai. Tunggu sehingga mendidih dan hidangkannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan