28 April 2011

JAMBU...

Jambu oh jambu...

Bila tengok jambu nie teringat lawak kumpulan JAMBU
hehehe..kira boleh pakai lagi la walaupun dah 5 tahun
masih suam-suam kuku, tapi tak basi
 eh pepatah apa nie... :)
Sebenarnya nak citer pasal jambu kat gambo nie..
hari nie che-D rasa malas nak kuar rehat, gara-gara nak
 update blog. Lagipun hari nie che-D bawa bekal dari rumah.
Tetiba datang anak didikku nak memberikan sesuatu...
Dengan gaya malu-malu, "Cikgu...nah" ( sambil memberikan
buah jambu kepadaku ). Aku pun terkejut jugakla, sampai 
terkeluar soalan pandai "Apa nie??" ( sen*%@& ).
Yang aku terkejut tue, murid yang baru aku marah tadi 
yang beri kepadaku. Agaknya nak minta maaf sebab homework
semalam tak siap. Walaupun aku marah sakan dalam kelas
tadi, tapi tak pernah simpan dalam hati.. 
Maafkan cikgu juga ye. Tak berniat pun nak menghukum pun
cuma melaksanakan ibadah je.

  

27 April 2011

MAKAN-MAKAN TIME

Dalam kesibukan kerja dan pindah rumah...sempat lagi che-D 
menghadiri social gathering bersama rakan-rakan sekerjaku. 
Mana lagi...Pizza Hut la. Hahaha...seronok depa makan.
Perancang utamanya ialah yang tersengeh kat dalam gambar nie.
( Orang baru dapat durian runtuh )
Tujuan makan-makan nie diadakan adalah untuk mengeratkan 
ukhwah sesama rakan sekerja. Sebenarnya aktiviti nie dah lama 
dirancang tapi tak menjadi je. Biasala tu kan.
Apapun terima kasih kepada colleague ku yang hadir.


** cadangan seterusnya adalah perlawanan bowling sempena 
Hari Guru.

26 April 2011

PINDAH...HIJRAH

Alhamdulillah, setelah sekian lama menangguhkan hasrat 
akhirnya ia terlaksana jua.
Sebenarnya urusan pindah rumah nie tidaklah terdesak, 
ia pun baru disuarakan oleh encit suami.
Che-D pun apa lagi, terus memberi sokongan 100%. 
Apa yang che-D harapkan, mudah-mudahan penghijrahan ini 
membawa sejuta rahmat dan kebaikan buat rumahtanggaku.
Bak kata Prof Dr Muhaya
"Berhijrah ke arah minda positif".
Insya-ALLAH.

sumber pic ini ikhlas dari abang goo

20 April 2011

TERBARU : KLUANG RAIL COFFEE...


Che-D terkenang zaman che-D belajar dulu. Bila ditanya soalan
kamu asal mana? che-D jawablah Kluang. Then mesti orang akan berkata
"ohh...yang ada roti bakar n kopi sedap tu kan"
masa tue rasa riak dan bangga sangat orang kenal hometown kita.

Tapi semenjak sebulan 2 nie, isu hangat kopi campuran ^*&* 
tersebar....alahai rasa malu sangat. isyyyhhh3x.

Lagi terbaru, Kedai Rail Coffee ini telah di samak oleh 
Jabatan Agama Johor (JAJ).
 Tak tahulah che-D status terbaru kedai ini macam mana??
**sumber gambar di ambil dari selatan online

Cecita pendapat anda : 
Nak makan lagi ke kat situ?
Apa hukumnya ek??
Halal tak makanan dia?
Ada ke selera lagi?

Roti bakar dia memang lain dari yang lain
che-D cuba buat kat uma (guna kaya dia) tapi tetap tak sama.
bukan che-d tak tengok cara dia buat...
rasanya tak terlepas satu step pun. 

erggghhh...
renung-renung dan fikir-fikirkan lah.



19 April 2011

ISU PELAJAR GEMUK

Baru-baru ini kecoh 1 Malaysia pasal pelajar gemuk.
Mintak-mintak jangan ada isu pasal guru gemuk pulak...
KENAPE PELAJAR GEMUK??
Pihak kantin menyajikan makanan yang berlemak, 
air manis atau makanan segera.
Isu ini harus dikaji semasak-masaknya. Jangan satu pihak (sekolah) sahaja yang dipersalahkan. Sedangkan pelajar makan hanya sekali sahaja disekolah setiap hari (purata) ^^for sekolah harian^^. 
Selebihnya mereka makan di mana??
Selepas ini, tender pengusaha kantin mesti lebih ketat lagi.
Hanya menu dan gizi yang seimbang sahaja yang dibenarkan.

ULASAN CHE-D :
Apa yang che-D cuba sampaikan ialah, ada hikmahnya juga isu
ini timbul. Kini ramai ibu bapa yang tidak mengendahkan
pemakanan anak-anak mereka. Membelikan mereka makanan
segera, berlemak dan yang paling penting sumber makanan itu
sendiri. Jika anak-anak diberikan kismis, jus, kekacang atau ubat 
yang terbagus sekalipun namun ia adalah hasil dari rezeki yang
TIDAK HALAL, ia tiada gunanya juga.
Untuk itu, sama-samalah kita 
renung dan fikir-fikirkan.
Ini gambar che-D makan donut big Apple. 
YUMMY
Takde kene mengena dengan isu ini..hehehe.



18 April 2011

IKAN TUKA BAKAR

Salam Semuanya...
Menu che-D sekeluarga hari nie ialah ikan tuka a.k.a ikan pari
Knape bakar? che-D memang suka makan ikan bakar,
sebabnya mudah dan ringkas.

Ramai yang suka makan ikan nie, terutamanya di bulan ramadhan
^^ dah habis qada' ke kamu semua nie ^^ ( peringatan )
Namun ramai yang tak nak masak sendiri,
sebab tak gheti nak siang (bersihkan).

Semasa bakar elakkan guna minyak sebab makanan protien 
sudah ada minyaknya sendiri. Lagipun bakar atas daun pisang
dapat mengelakkan ikan melekat-lekat.

Cicahnya pula, che-D buat air asam...
saje je sebab boleh potong segala lemak yang ado.
uhuk-uhuk

Tips : Senang je nak bersihkan dia, just belah tengahnya dah kluarkan segala kekotoran yang ado...settle. Dah cuci bersih, gaulkan dengan sedikit garam. Then terus bakar di atas daun pisang.





Cuba, Try, Test tau.

AWARD DARI CIK KACAK

  
Award nie che-D dapat dari cik Kacak..
Time kasih cik Kacak...i like it
Cik Kacak nie sangat bermurah hati kerana 
memberikan award ini kepada sesiapa saja yang follow blognya.
Buat cik Kacak terima kasih kerana sudi 
bertandang ke blog picisan che-D nie
huhuhu...

Kepada sesiapa yang nak juga award nie....
sila lah ke blog cik Kacak kita.

MY LITTLE CALIPH CONTEST

Assalamualaikum...
Ibu-ibu, Bapak-bapak dan kepada sekalian pembaca blogku...
di sini ada pengumuman penting.
Rakan che-D di (Bayt Al-Iman) sedang mengadakan contest iaitu
<< MY LITTLE CALIPH CONTEST >>

Penyertaannya terbuka semua ibu bapa dan juga 
yang bakal bergelar ibu dan bapa... :)
Apa yang perlu anda lakukan adalah menulis N3 yang berkaitan 
dengan cita-cita anak kesayangan anda. 
Klu ada 3 orang anak, hantar je semua...hehehe

Untuk keterangan yang selanjutnya, 
anda bolehla melayari [link] ini.

Cepat ye...tarikh tutupnya ialah pada 24 April 2011.

17 April 2011

SAMBEL BELACAN

Salam semua...hari ini che-D just nak kongsi masakan sambel, 
Bukan sembarangan sambel...bilang suami tercintaku.
Sambel pengikat kasih sayang...eceh.

Hari nie masakanku ringkas banget...
hari cuti...hari kemalasan.


Kebanyakkan orang tumbuk sambal belacan nie sampai hancur
tapi che-D tak. Semua bahan-bahannya che-D tumbuk kasar.

Tips sambel sedap : 
Bilis dan cili digoreng dahulu, supaya tahan lama. 
Belacannya pula di bakar. 
Bubuh gula sikit, air asam sikit dan tomato sibiji.

Sambil-sambil tumbuk tue bacalah shalawat ke atas 
junjungan besar Muhammad S.A.W. Mesti sedapnya la
Cube, Try, Test k.

16 April 2011

..AWARD PERTAMAKU..

Pertama-tama che-D ingin memanjatkan kesyukuran kepada 
Subhanahu-Ta'ala kerana memberi kekuatan buat che-D 
berkongsi karya kepada rakan-rakanku yang lain.

Inilah awardku yang pertama ( **terharu sesangat)

Link semula kepada pemberi award :

7 perkara tentang saya :
1. Asal orang Kluang
2. Dilahirkan di Kluang
3. Bersekolah di Kluang
4. Bekerja di Kluang 
5. Mendapat pasangan hidup dengan orang Kluang (^^Kluangman)
6. Menetap pun di Kluang juga (My home sweet home)
7. Ingin menabur jasa dan bakti buat anak didikku di Kluang.

15 rakan blogger che-D yang paling best
RynaHakimi     BSB     K-poh     VAGG     
CP    MyKuali   1001resepi    MuffinBiru
         IdaShazana    Adamxis    SuperLivy   AffeenCraft

Sebab :
Sebabnya kerana korang semua sudi mewarnai 
blog picisan che-D dan juga menjadi inspirasi saya.
**Walaupun ada setengahnya sudah dapat dari blogger lain, 
namun che-D ikhlas mengirimkannya kepada anda. 
Terima kasih kerana menyokong saya.


Sila berbuat perkara yang sama ikut langkah-langkah berikut:
1. Copy imej award pada entri baru anda
2. Buat link pada pemberi award ke iaitu @dee.licious
3. Senaraikan 7 perkara yang berkaiatan diri anda
4. Tag pula 15 blogger pilihan anda
5. Alasan kenapa tag blog dia orang



15 April 2011

KELEDEK BAKAR

Menu minum petang apa nak buat ek? Goreng-goreng...no,no,no
Banyakssss minyakssss
gemukssssssssss.
Suamiku mencadangkan buat ubi bakar mulanya.
Cari ubi takde, keledek pun jadilah.


Lihatlah suamiku excited bakar keledek.
Gara-gara suamikulah apinya semakin membesar.
(pinjam tagline yusuf wilcha - kite bakor je yeop)
Klu api dah besar, jangan bakar lama sangat.
10 minit dah masak (keledek cepat masak berbanding ubi)



Masa memula buka aluminium coil nie, 
bau keledek wangi dan menyelerakan lah.
Disebabkan apinya besar, 
ada juga keledek yang hangus sebelah. 
Tapi yang hangus tue la yang sedap.
Ya Allah...terima kasih di atas nikmat dan rezekimu ini. 
** basuh dulu kulitnya bersih-bersih, baru bungkus
Makan kulit yang garing tue, sedap...
tak tahu nak cakap
Cuba, try, test la


Lihatlah, anak buahku (Mohd Darwish) baru 8 bulan,
syoknye dia makan keledek bakar.
Yummy...


14 April 2011

DEELICIOUS..BANANA DESSERT

Yuhoo...I'm back again. 2-3 hari nie xde hidangan terbaru kan (xbrape sihat la). Di rumah pun cuma masak biasa-biasa saje. Hari nie che-D try buat dessert banana. 
Nyanyi sikit lagu "Shake Banana". 


Simple je dessert nie. 
You all pun boleh cuba, try, test (tagline che-D)
Hiasannya boleh aplikasikan kreativiti sendiri ye. 
Cheese yang che-D bubuh tu adalah jenis natural mozzarella cheese-kraft (shredded colour hijau)
Di masukkan ke dalam microwave, 
tahap kepanasan-low selama 5 minit.
Jangan lama nanti pisang yang lembik.


Lepas tu, hias la dengan madu.
Rasa cheese nie tak muak pun, 
rasanya lebih kurang macam susu je.
Yummy....


Lihatlah suamiku melantak.
Masakan ini juga sesuai untuk kanak-kanak.
Ibu boleh ajar anak ibu hias desert mereka sendiri.
Go junior masterchef.

11 April 2011

AYAM TUA MASAK UNGKEP

Semalam ibuku masak Sup Ayam Tua, hari ini che-D pening juga nak masak apa ye. Last-last datang juga idea nak masak ungkep. Lama tak makan... Maka persediaan yang rapi telah dibuat.

Katanya masakan nie adalah masakan jawa. Che-D takut-takut juga nak masak ungkep nie, al-maklumlah budak baru belajar,(che-D belajar dari ibu Zaliah, terima kasih ibu). Rasa masakan ini banyak rempah, ala-ala rasa satay. 
Resepi ungkep ini, sesuai sangat jika kita gunakan ayam tue, sebabnya lagi lama masak lagi meresap rempahnya. 
Wah, betul ke?? 
Tips rebus ayam tua supaya cepat masak : 
1. Ada orang bubuh tempe semasa rebus (masak sup sesuai)...Rasanya ada lain sikit la. Tapi sedap juga.
2. Rebus menggunakan rice cooker anda, sangat cepat dan pantas. (tak sampai sejam).

Maka ini lah hasilnya....
Boleh cube, try, test .....
Che-D gerenti ianya pasti deeeelicious.



09 April 2011

SAGU PISANG

Cuaca semenjak dua menjak nie terlampau panas. Sampai dalam rumah pun terasa kebahangannya. Mulalah tekak nie rasa haus dan lapar sangat. Ajak gak suami pegi cari ais kacang or cendol, tapi dia nak berehat. Katanya nak potong rumput kat tepi umah nie. Then mulalah idea nak masak memasak untuk minum petang.

Tara...........
Che-D tak tahu nama pisang nie apa? (..haha kantoi..) Tapi menurut suami (pasal dia yang beli) namanya pisang talon (ye,ke...compius, takpe percaya pada suamiku).
 Rasa pisang ini tidak manis, sebaliknya ia masam-masam sikit. Emm...sedap tau lagi-lagi dimakan pada waktu bahang petang dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Nak sedap lagi jika taruh santan dan ais...yummy.
** Rakan-rakan boleh juga cuba buah mangga or nangka.
Cuba try,test...



KEJU dan Kelebihannya.

Salam semua. Baru-baru ini che-D ada terbaca dari blog ummu syifa yang menyatakan tentang rahsia makan keju. Menurutnya keju ini dapat membantu menambahkan selera anaknya yang tidak suka makan. Hanya memberikan sekeping keju setiap hari, kini berat anaknya sudah ideal.
KEJU : merupakan makanan yang mengandungi protien dan lemak daripada susu. Ia terhasil dari proses penggumpalan protien kasein susu.


Cari punye cari jumpa juga info nie :
Menurut Pakar Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu, golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju.
Sebagai contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 
36 peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan gizi yang dicadangkan untuk sehari.

Keju adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju.
Kepada ibu yang sudah putus asa kerana cuba memberikan makanan kepada anak-anak, ibu cubalah dengan masakan yang berasaskan keju. Pasti ibu dapat pancing hati anak ibu...

**Entry ini che-D post atas permintaan mama eyta.
    Akan datang, che-D update masakan SI CILIK k. Sabar ye..

08 April 2011

07 April 2011

PEGAGA KACANG HIJAU MASAK LEMAK.

Macam pelik...tapi sedap. Sebenarnya resepi ini bukan che-D yang punya, tapi ia adalah dari ibu mertuaku yang tercinta 
(Terima kasih Ibu Zaliah). 
Cara memasaknya sama macam masak lemak cuma, tambah kacang hijau je. Biasanya kita tambahkan labu atau keledek tapi cuba sekali-sekala kita tambahkan kacang hijau. Tak salah mencubakan.
Selain ianya sedap dimakan, lauk ini juga lebih tahan lama kerana menggunakan kacang hijau.
Sedikit info untuk kacang hijau ni - Sayuran dari keluarga kekacang ini banyak mengandungi vitamin B1 dan B2. Air rebusan kacang hijau sesuai diminum untuk insan yang ingin berdiet. 
Rakan-rakan cuba, try, test k...

05 April 2011

Ruangan MASAKAN SI CILIK

Junior MasterChef Australia.pngSalam semua...Che-D berasa sungguh teruja sekali dengan Program MasterChef. Baru-baru nie pulak sudah ada Junior MasterChef ( Pemenang Musim Pertama = Isabella, 12 ). Amat bersesuaian dan bertepatan skali dengan blog Che-D ni. Untuk itu, Che-D ingin mewujudkan satu lagi ruangan yang bertajuk Masakan Si Cilik.
Menurut pemerhatian Che-D, hebat sungguh kanak-kanak dalam program ini memasak, macam Chef dewasa. Sebenarnya, kepada ibu-ibu yang ingin melihat anak-anakmu cerdik,cergas dan cerdas.....bawalah mereka ke dapur masak anda. Ceritakan kepada anak-anak apa yang akan ibu masak, cara penyediaannya...dan minta anak-anak membantu ibu. Walaupun anak anda sering bertanya itu dan ini (jangan marah ibu dan jawab dengan senyuman), itu bermakna anak-anak hendak belajar. Lumrah kanak-kanak kan.
Sesudah makanan siap dihidangkan, maka santaplah hidangan makan malam bersama seluruh ahli keluarga tercinta. Ucapkanlah kesyukuran (bacaan doa) bersama-sama. Jangan lupa ibu, ajar anak-anak menghormati orang tua semasa dimeja makan, ajar membasuh pinggan dan juga mengemas.
Che-D pasti, kelak anak-anak ibu akan menjadi seorang insan yang cemerlang...Insya-ALLAH.
Apa pendapat anda???

ALAHAI SI SEMAN REMPIT

Che-D just nak kongsi cerita lawak nie kepada kawan-kawan. Harus diingatkan ianya tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Sempena kemenangan Shahiezy Sam di ABPBH 2010, tahniah dude!!! Che-D post entri ini.
************************
Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,
 "Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."
 Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."
 Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."
 Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"
 Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."
 Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."
Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"
 Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."
 Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.