02 Oktober 2011

WARNA WARNI

Meriahnya…kali nie che-d dijemput menjadi juri pertandingan mewarna. Penat semalam tak habis lagi…tapi bila dah kata setuju kene pergi juga lah, tak baikkan hampakan perasaan orang lain. Lagipun program nie adalah anjuran taman di mana tempat che-d di besarkan (taman rumah bonda). Kiranya kanak-kanak nie generasi ketiga taman nie lah…hehhe. Sebenarnya banyak lagi acara untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang lain, tapi nasib baiklah che-d hanya menjadi juri pertandingan mewarna sahaja.


Nak adili pertandingan mewarna nie nampak senang, tapi bila semua kanak-kanak dah hantar kertas lukisan masing-masing baru berpinar mata juri nak pilih yang mana satu patut dinobatkan sebagai johan, tempat kedua dan ketiga. Errrmmm tak boleh bias…tau.

Tapi sebagai juri, banyak kreteria pemenang yang perlu dititik beratkan. Antaranya pengalaan yang penuh, permainan warna yang seimbang, penggunaan ton warna, idea kreatif seperti melukis objek lain dan beberapa lagi. Saringan pertama : juri perlu mengasingkan kertas lukisan yang mempunyai kreteria ❶ dahulu. Selepas itu barulah mudah sedikit kerja juri untuk memilih pemenang berdasarkan kreteria ❷, ❸, ❹ dan lain-lain.

Banyak juga percanggahan pendapat sesama juri…yelah mata lain-lain, masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Selepas berbincang jadi kami pun bersepakat memilih pemenang. Kami tak bias kerana kertas lukisan mereka hanya ditandakan dengan nombor sahaja. 

Tahniah kepada yang telah menang, adik-adik lain boleh cuba lagi ye tahun hadapan. Hasil mewarna dipamerkan di dinding untuk tatapan ibu bapa.

1 ulasan: