28 Jun 2011

BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.

'Baling batu sembunyi tangan' merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan tidak berani mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas perbuatan atau keputusan yang dibuat. Ada berbagai alasan yang boleh dikaitkan dengan 'baling batu sembunyi tangan' umpamanya takut mengambil tanggungjawab kerana bimbang dipersalahkan dan bermacam lagi.


Pelaku perbuatan 'baling batu sembunyi tangan' ini boleh jadi melibatkan orang yang tiada hubungan antara satu sama lain. Ianya juga berkemungkinan boleh melibatkan orang yang mengenali antara satu sama lain tetapi yang paling tinggi 'makamnya' adalah jika melibatkan pemimpin dengan orang yang dipimpinnya.

'Baling batu sembunyi tangan' amat tidak dituntut sama ada oleh hukum alam atau hukum manusia terutama sekali dalam situasi ketiga. Seseorang pemimpin tidak boleh dalam apa jua keadaan sekalipun mengamalkan 'baling batu sembunyi tangan'. Kedudukan sebagai seorang pemimpin datang bersama dengan tanggungjawab. Sekiranya tidak sanggup memikul tanggungjawab hasil dari sesuatu keputusan yang dibuat, maka amat layak kedudukan pemimpin itu dipersoalkan.

Apabila seseorang pemimpin membuat sesuatu keputusan terutama yang akan menyentuh kepentingan banyak pihak lain maka ianya turut menuntut sikap pertanggungjawaban beliau. Bagi seorang pemimpin, sikap lepas tangan atau 'baling batu sembunyi tangan' tidak sepatutnya berlaku dalam apa jua keadaan atau walau sesukar mana keadaan sekalipun.

Sesungguhnya bersikap 'baling batu sembunyi tangan' boleh mendedahkan identiti diri kita yang sebenarnya. Cuba bayangkan sekiranya orang lain mengetahui perbuatan 'baling batu sembunyi tangan' kita.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah....


TEKA TEKI TERJAWAB KINI



Semenjak kebelakangan ini che-D xde mood langsung nak buat N3.... perasaan malas bercampur geram semua ada. Mungkin tulisan che-D kali ini emosi sikit...memang ye tengah emosional. 

Jam 2.30 petang tadi che-D dapat 2 missed call dari mama, terkejut juga apa hal agaknya. Rupanya mama minta telepon Tok Hj segera. Bila che-D call...akhirnya berita mengejutkan yang sememangnya dijangkakan che-D terima. Sedih....memang sedih. Dahlah dapat berita sedih, pulak tue encit suami tiada di sisi. 
Yang membuatkan che-D terasa sangat ialah sewaktu meeting baru-baru ini, isu ini langsung tidak diperkatakan walhal mereka-mereka sudah tahu. Apa salahnya mereka memberitahu beberapa nama yang telah mereka pilih supaya tiada syakwaham... rasanya boleh senang hati jugalah apabila terima berita itu kelak. 
Itulah perasaan che-D pada tika dan saat ini...mungkin perasaan emosi ini akan berlalu seperti mana berlalunya saat dan masa. Sekian...


16 Jun 2011

MEE SIPUT UNTUK MINUM PETANG

hidangan yang mudah dan simple

Salam semua, petang nie che-D terasa letih sangat. Ta tahu la ape halnya. Lepas merehatkan dan menidurkan diri selepas balik keje...bila bangun terasa lapar pula. Haa...mula la idea kluar macam-macam untuk minum petang. Nak buat jejemput malas...last-last goreng je la kuih mee siput yang dah sedia ada nie.

        Bila makan kuih nie teringat time zaman sekolah dolu-dolu. Dengar je loceng sekolah berbunyi, suka bukan main lagi...sebabnya nak beli makanan kat kedai makcik depan sekolah STK...Macam-macam makcik tu jual . Tapi yang paling che-D ingat keropok dengan sambal kacang cair, kuih mee siput dengan sos dan mee goreng bungkus plastik. Semua nie sedap-sedap.... harga pun masa tu 30sen sebungkus. Sekarang tak dapat .....itulah kenangan kuih mee siput yang tak dapat che-D lupakan.

12 Jun 2011

FUUYOH, STYLOO NYE ....

Teringatkan kisah anak buah che-D yang sorang nie memang kelakar. Klu bercakap...bukan main lagi petah semacam. Klu bergaya pun sama...dia saja lah yang ansem. Tengoklah kasut yang dia pakai tue...Nike lagi U..Gambar nie che-D rakam semasa Nuqman Zikri melawat nenda Fatimah di hospital hari tue. Gelaran nenda Fatimah untuk dia adalah Yoyot (Buyut/Moyang)

Antara dialog che-D dan dia :
"A...eh, cantiknya kasut abang! Boleh MamaLong pinjam?". 
"MamaLong tak muat la...nie abang punya, Ucu belikan. Abang dah muat dah...MamaLong amekla gambar abang banyak-banyak tau".

Emmm...layan jek lah budak nie. Bab posing tak payah ajar selamber jek muka dia...

Lagi gambar NUQMAN ZIKRI...


bukan main suka lagi dia...menampakkan lagi gigi arnabnya.

10 Jun 2011

INFO : PENYAKIT ANGIN AHMAR

Apa itu strok/angin ahmar?

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?

Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:
  • Umur - terutama apabila meningkat umur 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
  • Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan

Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Apakah gejala strok/angin ahmar?

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan

Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?

Terdapat 2 jenis strok/angin ahmar utama:
  • Thrombotic/ischaemic stroke
    • Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat. 
  • Haemorrhagic stroke
    • Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah

Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?

Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
  • Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
  • Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat

Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?

Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :
  • Kawal tekanan darah
  • Kawal tahap Kolesterol
  • Kawal penyakit Diabetes
  • Amalkan cara pemakanan sihat
  • Berhenti merokok
  • Kerap bersenam
  • Menangani tekanan mental
  • Kurangkan pengambilan minuman keras

Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar

Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam hal-hal seperti:
  • Jurupulih Pertuturan
    • membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
  • Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
    • mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
  • Jurupulih Perubatan (Anggota)
    • mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan



sumber : izieherb.net

09 Jun 2011

3 Jun 2011,
Sebenarnya pada hari ke-3, nenda dibenarkan keluar dari wad I.C.U setelah kesihatannya stabil namun rawatan masih diteruskan dan berpindah ke wad second class. Sejak malam ke-3, mama June lah yang telah menemani nenda dikala malam hari. Manakala siangnya pula bergilirlah anak-anak nenda yang lain menjaga dan merawat nenda iaitu Makngah dan Mak Ucu.

5 Jun 2011,
Setelah lima hari Makngah dan Mak Ucu berkampung di Hospital Kluang, menjaga dan merawat nenda Fatimah akhirnya mereka perlu pulang kerana tuntutan kerja. Esok aku perlu menjaga nenda di hospital (waktu siang) amanah dari mama June.

6 Jun 2011,
Keadaan nenda kini semakin lemah akibat serangan angin ahmarnya baru-baru ini terutama kaki nenda. Jika dahulu nenda masih boleh dipapah tetapi kini nenda sudah tidak berupaya lagi. Semenjak dimasukkan ke hospital nenda belum mengeluarkan suara dan kemungkinan tidak berupaya bertutur dengan sempurna lagi. Makan dan minum nenda kini adalah menggunakan tiub, dan nenda hanya dibekalkan susu dan ubat sahaja. Aku diajar oleh misi cara feeding untuk nenda. Pakar fisio juga telah mengajar cara-cara senaman yang perlu dilakukan kepada nenda setiap hari agar sendi-sendinya tidak krem.

8 Jun 2011,
Akhirnya setelah genap seminggu Nenda Fatimah bermalam dihospital, barulah dibenarkan pulang. Sebelum pulang misi sekali lagi mengajar aku dan mama June cara-cara menguruskan nenda ketika dirumah nanti. Iaitu memberi feeding, senaman sendi dan juga memberi suntikan insulin. Satu ilmu baru kepada aku....bertuahnya dapat menjaga orang yang sakit. Bukan senang nak mendapat pengalaman berharga seperti ini.

05 Jun 2011

SALE...TAPI HARGA SAMA JEK MACAM TAK SALE

Baru-baru nie semua pasaraya kat Kluang nie buat Jualan Gudang....katanya. PAKSON & The Store PACIFIC. Tapi bila che-D survey harga dia macam sama je...apa-apa ntah, diorang nie ingat customer tak perasan ke. Customer hari nie update la...Che-D kadang-kadang sound jugak sales girl tue sampai diorang pun cakap "entahla kak, kitaorang pun tak tahu" ( pening kepala). Kesian gak kat salesgirl nie, diorang bukan tahu apa, tapi sering menjadi mangsa keadaan...apa nak buat kan, sekadar melepaskan geram. 
Tadah je laaaa.

Lain pula cerita yang ini....Akhirnya apa yang che-D idamkan, tercapai jua akhirnya. Sebenarnya lama dah nak beli kasut kulit warna hitam tapi asal menyimpan je mesti lari juga budget. Dari awal tahun menyimpan akhirnya berbaloi juga. "Alang-alang membeli biarlah yang menang memakai." Itulah kata-kata encit suami yang selalu menyokongku. 


Che-D nie klu membeli kasut memang cerewet...dulu masa belajar dan puas pakai high heel. Dulu bolehlah badan maintain, laa nie tak larat la nak pakai tinggi-tinggi, penaattt. Akhirnya jenama Clarks menjadi pilihan che-D. Design kasut ini adalah potongan wedges...selesa klu nak pakai lama. Apa pun che-D sangat berpuas hati...yehhhhhh.



04 Jun 2011

LAUK UJANG @dee.licious

Dari semalam che-D nak try masak lauk ujang nie tapi asyik tak jadi je. At last hari nie che-D masak juga... U all semua mesti selalu makankan lauk nie kat kedai. Pedas tapi sedap....itulah tag yang tepat untuk lauk ujang nie. Masa che-D masak tue ingat nak campur cili hijau tapi tengok dalam peti ais tue dah habis lak. So terpaksalah che-D menggunakan kesemuanya cili api yang merah menyala tue macam warna gincu tue. Cili api apa ntah namanya???

HAHAHA....bila encit abang makan alamak....berpeluh-peluh macam orang berlari kene kejar hantu. Pedas merahau...hehehe kesiannyaa. Dialog biasa si encit suami.
    encit abang  : "ayang nie nak buli abang hee???" 
    che-D  : "quiquiqui...(ketawa seperti tikus tertelan guli)"

Hari nie sempat masak satu lauk je...tapi seimbang kerana bermacam sayur che-D campak dalam tue (kacang panjang,karot dan brocoli). Sebabnya berkejar-kejar nak ke hospital lagi melawat Nenda Fatimah. Tunggulah esok mesti kami diserang sakit perut & cirit-birit...aqaqaq.

03 Jun 2011

EMERGENCY

Assalamualaikum w.b.t. Lama sungguh che-d tak berblog nie. Ingatkan musim cuti sekolah nak rajin-rajin update n3, ghupanya tak sempat jugak. 4 lima hari lepas broadband che-d wat hal. Macam-macam hal....

01.06.2011, Nenda Fatimah dimasukkan ke hospital. Seawal kul 9pagi Mama June dah bagitau yang nenda mengalami kesesakan nafas dan di hantar ke hospital. Patutlah semasa che-d menyuapkan nenda makan pada Ahad lepas (29/5) nenda tak boleh nak telan, lama dikemam makanan tue baru boleh telan. Minum pun serupa itu juga. Nenda berumur 74 tahun, dan mempunyai pakej penyakit yang lengkap.

Pada jam 10pagi, nenda telah dimasukkan ke Wad Unit Rawatan Rapi (I.C.U). Semua anak-anaknya telah che-d telefon, tetapi Mama June lagi cepat, lebih dahulu telah memberitahu mereka. Macam-macam ujian dan saringan telah doktor lakukan kepada nendaku. Biasalah prosedur katanya....Seawal jam 12.30tghari baru kami dibenarkan melawat. Terbaru nie nenda disahkan mengalami penyakit lemah jantung dan juga paru-paru berkuman. Kebanyakkan organ dalaman nenda pun sudah semakin lemah. Kasihan nenda.


Buat nendaku tersayang, Nenda Fatimah, iringan doa dan kata-kata sejahtera sentiasa meniti dibibir anak-anakmu dan juga cucu-cucumu. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, engkau permudahkanlah dan susunlah semua perkara agar menjadi benar. Hanya engkau yang Maha Mengetahui segala kebenaran ini.