29 September 2011

"BIASALAH DAH SEASON"

Haa...Itulah ayat yang terpaksa che-d gunakan untuk menjawab persoalan setiap kali saudara mara dan rakan-rakan tanya "Eh, apa hal dengan kereta kau?". Benda dah nak jadi kan...che-d pun tak tahu nak terangkan apa. Tapi menurut adik pomen tu, ring kat pinston dah jem...itu sebab minyak enjin keluar sampai ke filter. Aduhai...sedih sangat sewaktu melihat wonderpet tersadai kat bengkel (WONDERPET - adalah gelaran istimewa yang che-d & hubby gunakan untuk unta kecil kami).

Imbas kembali sewaktu wonderpet mula menunjukkan simptom kesakitannya. Masa tu hanya encit suami sahaja yang memandu. Che-d pula berada di rumah bonda sewaktu bonda mengadakan majlis tahlil untuk arwah nenda. Ketika encit suami sedang menuju ke rumah bonda...di persimpangan lampu isyarat (selepas free gear) tetiba enjin wonderpet termati dengan sendirinya. Pelikla juga, kasihan suami kerana terpaksa menolak sendiri wonderpet dan parking di tempat yang selamat. errmmm...Kini sudah lebih dari seminggu wonderpet berada di bengkel.

Keesokkannya...barulah kami memanggil pomen untuk melihat apakah sebenarnya yang berlaku. Bila adik pomen tu membuka filter, terkejut besar kami semua sebab minyak enjin penuh kat situ...patutlah wonderpet tak dapat dihidupkan malam tadi. Selepas dibersihkan dan buat jumping akhirnya enjin wonderpet berjaya di hidupkan dan dibawa ke bengkel dalam keadaan nafasnya yang tercungap-cungap. Cuak juga tapi akhirnya sampai la.

Sedihnya...terbarai anggota wonderpet.
Terima kasih kepada kak Hasnah kerana sudi menumpangkan che-d ke sekolah.

Yang bestnya....sewaktu ketiadaan wonderpet pelbagai cadangan dari ahli keluarga dan rakan supaya menggantikan wonderpet dengan yang lain. "Urrmm best jugak kan". Memang sebenarnya cadangan itu sudah ada..sebabtu la wonderpet merajuk agaknya. Tapi itu tidak mengganggu fikiran che-d sekarang, biarlah nanti-nanti difikirkan lagi..Apapun harapan che-d semoga wonderpet segera pulih dan cepat sembuh.
WE LOVE WONDERPET



27 September 2011

KES SERUPA CANNY ONG

Ini adalah info terbaru yang che-D dapat dari salah seorang rakan FB. Kecut perut juga bila che-D baca cerita nie. PERINGATAN INI ADALAH UNTUK SEMUA TETAPI KHUSUSNYA KEPADA KAUM WANITA.... MINTA BACA!!! 


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. 


Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. 


Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. 


Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka. 


Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! 


Jadikan amalan : 
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!


Be extra careful,ladies...Please pass this on to all the entire ladies out there and also men who love their ladies!!!

26 September 2011

MUDAH KE MENJADI GURU??

Assalamualaikum semua...rasanya agak lama juga che-D tak buat entry. Sepanjang minggu lepas che-D sibuk berkursus untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi matapelajaran Sains. Biasalah bila pergi kursus seminggu nie, rasa kerinduan yang amat nak ke sekolah tak dapat dibendung lagi. Ibarat seperti seminggu tak berjumpa kekasih...boleh gitu.

Pepagi nie che-D jejalan tetiba terbaca enry kat blog abg Ben. Che-D baca pengalaman abg ben menjadi seorang guru...wah tak sangka abg Ben pernah bergelar cikgu ghupanya. So che-D pun rasa terpanggil untuk buat n3 nie. Bukan apa saja nak mengimbau kembali perjalanan che-D menjadi guru.

Secara jujur dari zaman persekolahan menengah, niat untuk menjadi guru sudah berputik lagi. Dahulu che-D bersekolah di Sek.Tinggi Kluang ( zaman che-D ianya lebih dikenali sbg High School ). Kenapa che-D minat nak jadi cikgu waktu tue??? Ini lah jawapannya jadi cikgu boleh pakai baju cantik dan  ramai org sayang. Itu anggapan awal che-D.

Selepas meneruskan pengajian diperingkat ijazah, bermacam-macam kerja juga che-D lakukan. Tapi hasrat menjadi guru tetap diteruskan. Akhirnya setelah mengharungi pelbagai tapisan kini che-D sudah bergelar cikgu selama 3 tahun. Walaupun pengalaman cikgu itu tidak seberapa sangat, namun kemanisan pengalaman itu tetap dapat dirasai.

Berbalik kepada tajuk n3 ini semula..."MUDAH KE MENJADI GURU". Di sini che-d ingin memberi sedikit ulasan menurut pengalaman che-d la. Guru kini tidak seperti guru yang dahulu. Menurut pengalaman rakan che-d yang ayahnya juga seorang guru....memang ia berbeza. Jika dahulu ayahnya hanya menggunakan rotan jika sudah tingkatan 2 tidak hafal sifir dan sentiasa membawa rotan ke kelas, kini anaknya tidak boleh gunakan rotan lagi. Walaupun tak hafal sifir guru perlu bersabar...jika terlebih marah murid akan membenci kita pula.




Walaupun masyarakat kini selalu di omok-omok dengan pernyataan "Mudahnya menjadi guru", pada che-d yang baru menimba pengalaman nan sedikit ni ianya menuntut banyak pengorbanan. Tugas guru kini tidak semudah dahulu. Guru kini selalu menerima ugutan dari murid jika kita mahukan yang terbaik dari mereka. Pelik tetapi itulah hakikat yang perlu diterima kini. Tugas guru sekarang bukan sekadar mengajar sahaja, banyak lagi kerja lain yang perlu laksanakan mengikut arahan semasa. Namun bukan itu yang ingin che-d perdebatkan.....

Apapun istilahnya Cikgu, Murobbi, Mursyid, Mu'alim, Mu'addib, Muddaris namun ia tetap berperanan sebagai guru dan pendidik. Tanggungjawab yang besar perlu dibereskan agar ia tidak menghalang kita dari menjejaki syurga yang telah tuhan janjikan. Menjadi guru perlu sepenuh hati kerana gelaran cikgu akan disebut sehingga mati hatta walaupun telah tiada di alam duniawi lagi. Wassalam...

21 September 2011

LU FIKIR LA SENDIRI


Kalau Wednesday orang sibuk dengan Wordless Wednesday? 
Thursday apa pula?
Thoughtless Thursday....emm macam mana tu ekk?
Friday.......Fearless Friday?
Saturday......Sad-less Saturday? 
Sunday.....Sunless Sunday? Tak sesuai
Monday.....Madness Monday? Okla
Cume Tuesday che-D tak tahu apa???

Ada sesiapa boleh jawab.....

18 September 2011

MAJLIS TAHLIL

Selepas Program Marhaban & Ziarah anjuran Warga Sekolah che-D semalam, hari ini bonda buat Majlis Tahlil pula..(Al-Fatihah buat arwah Nenda Fatimah-semoga tenang di sana). Bonda buat Majlis Marhaban sekali. Walaupun penat badan che-D tak hilang lagi...tapi fikir setahun sekali jek...apa salahnya. Moga-moga mendapat ganjaran di sisi-Nya.

Kehadiran warga taman pula sangat menggalakkan. 
Al-hamdulillah...sampai ke anjung rumah penuh. 


Nie pula antara juadah yang bonda sediakan...
Sagu + santan dan kuih lapis tue che-D yang buat
Al-hamdulillah tiada pembaziran makanan langsung...
semuanya licin & selesai.


17 September 2011

PROGRAM MARHABAN & ZIARAH


Assalamualaikum semua...lama che-D tak update blog nie kan...emm busy mengalahkan menteri. Tak pe lah itu cerita lain. Baru-baru nie rumah bonda telah menerima kunjungan dari rakan sekerja che-D. Terima kasih kepada sekalian rakanku yang sudi menghadirkan diri ke teratak bonda. Juadah utama yang che-D sediakan ialah soto...dan beberapa juadah pencuci mulut yang lain. Tapi malangnya gambar tak sempat che-D nak ambil...sibuk bebenor...isyhhhh.

Program sebegini memang merapat hubungan silaturrahim antara sesama keluarga. Harap-harap tahun depan boleh diteruskan lagi...

14 September 2011

11 September 2011

REVIEW SEGMEN : MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS


Alhamdulillah, pertama-tamanya che-D ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana segmen yang che-D telah anjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh rakan blogger.

Bermula dari tanggal 10 Ramadhan yang lalu segmen MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS telah selamat dilancarkan sendiri oleh tuan punye blog ini iaitu Pn. d'La Fadelia a.k.a che-D. Tujuan utama penganjuran segmen ini adalah untuk menambah kenalan maya che-D sendiri disamping dapat membantu rakan blogger yang lain berkenalan serta merapatkan silaturrahim sesama kenalan blogger seantero Malaysia. Alhamdulillah impian murni che-D akhirnya tercapai.

Terima kasih yang tak tersanjung che-D ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sudi support dan memeriahkan lagi segmen che-D. Sejujurnya che-D memang tak menyangka ia semeriah ini. Ramalan awal che-D "Ada ke orang yang kenal aku?" ..."Nak ke diorang nie join?" ... dan bermacam-macam soalan lagi lah bermain difikiran che-D. Tapi tangan che-D terus jek buat banner segmen, dalam 10 minit banner pun siapah. Pastu Terkulat-kulat cari idea nak buat entry. Tetiba pap...publish entry. Wah..kamikaze jek time tu.

Selang beberapa minit ada orang yang respon...orang pertama yang join segmen che-D ialah rakan rapat che-D sendiri...Alhamdulillah. (TQ Ummu Muhammad) Che-D terus jadi bertambah excited untuk meneruskan usaha baik ini. Terima kasih juga kepada semua blogger yang telah support che-D. Korang memang sporting sesangat...

First time anjurkan segmen che-D ambil masa selama sebulan...Closing datenya ialah pada 10 Syawal yang lepas bersamaan 8 September 2011. Yelah ramai blogger yang tak kenal pun che-D lagi. Waktu itu jumlah follower pun baru brape baru 70++...tapi selepas sebulan akhirnya jumlah follower meningkat ke 250++. Alhamdulillah. Kebetulan che-D pun ada sertai & support beberapa segmen blogger lain antaranya segmen AA dan segmen Aril, yang pada che-D juga telah banyak membantu che-D mempromosikan segmen che-D sendiri waktu tue.

Oklah tak mahu cerita banyak lagi, kat bawah nie adalah senarai dan link blogger yang sertai segmen mencari kenalan baru di @deelicious...so please check it out k.

SAHABAT BARU DI @DEELICIOUS :
1. http://attuffahumairah.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
2. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
3. http://kamivespadanwardah.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
4. http://istanaqaseh04.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
5. http://nurdano.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
6. http://eddydce.blogspot.com/2011/08/segmen-mencari-kenalan-baru-di.html
7.  http://rossmerahjingga.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
8. http://nurfahz85.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
9. http://aqalili.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html 
10.http://iniportakygpunye.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
14.http://auliasurihani.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
15.http://norafidahrosli.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
16.http://iamsakurafreaks.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
17.http://perempuan-manis.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
18.http://rosmarieza2010.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
19.http://titiknoktah85.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
20.http://miner89.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
21.http://dealurveshopslist.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
22.http://eclipseorange.blogspot.com/2011/08/segmen-mencari-kenalan-baru-di.html
23.http://apeponbolehhh.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
24.http://namasayasiti-missct.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
25.http://mynameismryna.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-deelicious.html
26.http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
27.http://zuzuzulaikha.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
28.http://dayahiedaya.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
29.http://raihanamunchys.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
30.http://ytazzispeaks.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
31.http://raihanibtisam.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
32.http://izatulfazlin.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
33.http://gen2merah.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
34.http://danialrazak.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
35.http://aisyahhumaira99.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
36.http://shedadadida-pinky.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
37.http://mindaalammaya.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deeliciious.html
38.http://kisahperjalananfatin.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
39.http://nurhanismohdisa.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-deelicious.html
40.http://antooungu.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
41.http://fishballcake.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
42.http://calista-paradise.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
43.http://me-imjustanordinarygirl.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
44.http://lolitamissayien.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
45.http://nurulhudaabdrahim.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
46.http://ieraazizi.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
47.http://adlinaabdrahim.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
48.http://dieylashaza.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
49.http://mitosmentos.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
50.http://zuhaidazunairi.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
51.http://chocolatelove196.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
52.http://miraedo92.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-dideelicious.html
53.http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
54.http://tentanghidup-ikin.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
55.http://chichak-yang-chomel.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
56.http://anjungsry.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
57.http://missmeera.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
58.http://nz-akusukekau.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
59.http://sayafatinaqilla.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
60.http://anakpakcikdin.blogspot.com/2011/09/segmen-mencari-kenalan-baru-di.html
61.http://celotehciktia.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
62.http://darkhanna93.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
63.http://kalapenamenari.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
64.http://macamkukata.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
65.http://siahlife.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
66.http://lolypopsxoxo.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
67.http://aisyahamir.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
68.http://dsunzsulaiman.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
69.http://ainichedin.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
70.http://mysimplestoryaboutlife.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
71.http://myselfdilara.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
72.http://luvlysakura.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html


Dikesempatan bulan Syawal yang mulia ini, che-D menyusun 10 jari memohon ribuan ampun dan maaf seandainya ada tersilap kata dan terkasar tutur bicara kepada kalian semua.


Sebenarnya che-D ada kejutan lagi untuk review segmen nie...tapi tak sempat nak buat/ update kerana cuti hujung minggu nie che-D sibuk beraya lagi...hehehe. Sooo tunggu lagi ye..jangan marah.

09 September 2011

TAMAT SUDAH SEGMEN CHE-D

Assalamualaikum kepada blogger yang dikasihi 
Alhamdulillah che-D ucapkan ke atas seluruh rahmat tuhan 
yang telah diberikan pada hari ini.

di sini che-D ingin membuat pengumuman yang penting
{ mood sedih }

SECARA RASMINYA, SEGMEN
 MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS
TELAH PUN DI TUTUP.


di kesempatan ini che-D memohon ribuan ampun & maaf kepada
blogger yang masih juga ingin menyertainya.
Insya-ALLAH, ada rezeki che-D buat contest pula ye..

Tunggu review segmen MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS
pula k...

HARGA BARU TOPUP

Pagi-pagi lagi che-D dah dengar berita kenaikan harga topup. Waktu tue che-D dalam perjalanan menuju ke sekolah, che-D terdengarlah celoteh Cik Fafau kita pasal harga topup naik 6%. Tapi che-D tak heran sangat sebab che-D guna bil dan sememangnya dikenakan tax 6% tue. 

Just Check :
Kalau penggunaan setiap bulan RM 50.00 = cuma kena tambah RM 3.00 je...ok lah tue


Apa nak buat, zaman kita nie semua nak minta bayaran lebih.
Harapan che-D bila mereka memungut tax dari pengguna ialah
KUALITI SERVIS YANG DIBERIKAN HARUSLAH LEBIH BAIK 
DARI SEBELUMNYA terutamanya coverage di kawasan terpencil...
contohnya di sekolah che-D nie lah...hehehehe :)

08 September 2011

MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS

...THIS IS STICKY POST...
Please scroll down to read my new entry
************************************************


Assalamualaikum kepada semua BLOGGER yang dikasihi.
Entri che-D kali ini adalah untuk menambahkan follower yang ada. Selain itu, tujuan segmen MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS ini juga adalah untuk membantu para blogger baru mencari kenalan dengan cepat. Kepada sesiapa yang ingin menyertainya, sila berbuat demikian ye...


1. Buat satu entry ringkas bertajuk : MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS.
2. Letakkan gambar di atas dalam ruangan entri anda.
3. Salin link entri tersebut ke dalam komen entri ini.
4. Jangan lupa follow sekali blog saya ini. I will follow u.

Mudah kan ? 
Mudah-mudahan jalinan ukhwah ini diberkati & dirahmati S.W.T
Ameen

Exp date : 10 Syawal 1432H


SAHABAT BARU DI @DEELICIOUS :

1. http://attuffahumairah.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
2. http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
3. http://kamivespadanwardah.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
4. http://istanaqaseh04.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
5. http://nurdano.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
6. http://eddydce.blogspot.com/2011/08/segmen-mencari-kenalan-baru-di.html
7. http://rossmerahjingga.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
8. http://nurfahz85.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
9. http://aqalili.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html 
10.http://iniportakygpunye.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
14.http://auliasurihani.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
15.http://norafidahrosli.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
16.http://iamsakurafreaks.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html 
17.http://perempuan-manis.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
18.http://rosmarieza2010.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
19.http://titiknoktah85.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
20.http://miner89.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
21.http://dealurveshopslist.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
22.http://eclipseorange.blogspot.com/2011/08/segmen-mencari-kenalan-baru-di.html
23.http://apeponbolehhh.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
24.http://namasayasiti-missct.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
25.http://mynameismryna.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-deelicious.html
26.http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
27.http://zuzuzulaikha.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
28.http://dayahiedaya.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html 
29.http://raihanamunchys.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
30.http://ytazzispeaks.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
31.http://raihanibtisam.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html 
32.http://izatulfazlin.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
33.http://gen2merah.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
34.http://danialrazak.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
35.http://aisyahhumaira99.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
36.http://shedadadida-pinky.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
37.http://mindaalammaya.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deeliciious.html
38.http://kisahperjalananfatin.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
39.http://nurhanismohdisa.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-deelicious.html
40.http://antooungu.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
41.http://fishballcake.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
42.http://calista-paradise.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
43.http://me-imjustanordinarygirl.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
44.http://lolitamissayien.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
45.http://nurulhudaabdrahim.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
46.http://ieraazizi.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
47.http://adlinaabdrahim.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
48.http://dieylashaza.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
49.http://mitosmentos.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
50.http://zuhaidazunairi.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
51.http://chocolatelove196.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
52.http://miraedo92.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-dideelicious.html
53.http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
54.http://tentanghidup-ikin.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
55.http://chichak-yang-chomel.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
56.http://anjungsry.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
57.http://missmeera.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
58.http://nz-akusukekau.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
59.http://sayafatinaqilla.blogspot.com/2011/08/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
60.http://anakpakcikdin.blogspot.com/2011/09/segmen-mencari-kenalan-baru-di.html
61.http://celotehciktia.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
62.http://darkhanna93.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
63.http://kalapenamenari.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
64.http://macamkukata.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
65.http://siahlife.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
66.http://lolypopsxoxo.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
67.http://aisyahamir.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
68.http://dsunzsulaiman.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
69.http://ainichedin.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
70.http://mysimplestoryaboutlife.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
71.http://myselfdilara.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html
72.http://luvlysakura.blogspot.com/2011/09/mencari-kenalan-baru-di-deelicious.html


TERIMA KASIH KEPADA GENG-GENG BARU @DEELICIOUS.
Jangan lupa support blogger lain juga.


LAST UPDATE : 10 Syawal 1432H; 10.30 malam