19 Ogos 2011

INDAHNYA HANTARANMU...



“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Maria kepada Azril...
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni” balas Azril.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Maria.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Azril. Tergelak Maria. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Azril. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Azril. Maria ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Azril menjawab. Maria sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Maria muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Maria mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Maria mengomel.
Azril kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Azril dan Maria tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Azril bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Azril mengigil. Maria juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Azril. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Azril menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Azril cuba mengagahkan diri. Maria masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
“ Apa benda nih ” detik hati Azril.
“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Azril.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Maria merah padam wajahnya. Maria entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Azril, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Azril berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“ Azril, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.
“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Azril, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Azril sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Azril. SMS dari Ustaz Sa ’ ad tiba. Maria senyum disisi suaminya, Azril.    
:)

17 Ogos 2011

SEGMEN : PERSONALITI BLOGGER MENGIKUT JENIS DARAH


Assalamualaikum...che-D blogwalking terjumpa segmen cik dilla nie.
Nama gelaran kita sama la dik.
ok...itu xkisahla..yang penting nak join & support segmen nie.

Darah che-D adalah jenis O
oleh itu...untuk pengetahuan korang che-D seorang yang

Outgoing, expressive, passionate, ada ciri pemimpin,
self-confident, sifat cemburu yang kuat, setia, sabar

ye ke?? Ini menurut blog cik dilla nie la
oklah rakan-rakan pula macam mana?

Jangan lupa sertai sekali segmen che-D iaitu
MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS
tarikh tutupnya 10 Syawal 1432H.
Untuk sertainya, klik banner di sebelah nie k.

## WORDLESS WEDNESDAY 05

Iklan mencari pekerjaan...


****************@@@@****************

14 Ogos 2011

SPECIAL SANGAT..!! KERABU KERANG


Salam semua...walaupun hujung minggu nie che-D agak sibuk tapi masak-memasak masih sempat lagi. Hari nie rasa teringin nak makan kerang..Fikir punye fikir last-last buat KERABU KERANG. Kat luar tue macam-macam cara orang buat kerabu kerang tapi ini resepi che-D. Haa, so check it out kat bawah nie k.

Sumber Resepi : che-D @deelicious

Bahan-bahan :
1 kg kerang
3 helai daun kunyit.
2 ikat sayur pucuk paku
sedikit sayur taugeh
10 biji tomato kecil
15 biji cili padi
2 labu bawang besar
air asam jawa
5 biji limau kasturi
1 sudu gula

Cara membuatnya :
1. Rebus kerang sehingga masak bersama garam dan daun kunyit. Kemudian di tus dan buang kulitnya.
2. Celur sayur pucuk paku dan juga taugeh. Kemudian tuskan airnya juga.
3. Potong bawang dan cili padi. Masukkan ke dalam air asam jawa yang telah dibuat.
4. Campurkan gula dan perahan air limau kasturi. (che-D hiris kulit limau kasturi nie dan masukkan sekali ke dalam kerabu, buat baunya lagi sedap)
5. Sediakan mangkuk yang besar dan gaul kesemua bahan-bahan tadi. Hiaskan dengan tomato.
6. Kerabu kerang telah siap untuk dimakan.

Senangkan...rasanya pun sedap...Macam makan kerang cecah air asam gitu...Cuba, try, test la kalau nak tahu.


!! WOW !! CEPATNYA BERTAMBAH

Assalamualaikum buat pengunjung blog nie. Diam tak diam dah masuk
15 Ramadhan malam ni kan. Che-D sangat gembira kerana follower dah semakin ramai. Al-hamdulillah.


jumlah follower pada hari jumaat pada 4.00petang

Ini just first review che-D setelah 5 hari melancarkan segmen sendiri iaitu MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS. Tak sangka sambutannya meriah gitu...Terima kasih kepada blogger yang support che-D. Kalau ada yang che-D terlepas pandang, tak komen dalam entry korang... tulisla komen dalam entry nie ya.

Selain itu, che-D pun ada sertai segmen blog AA iaitu PROMOSI BLOG 500 FOLLOWER KE BAWAH. Secara tak langsung ia pun membantu che-D mencari kenalan baru juga. Terima kasih buat rakan blogger terutamanya dari england kerana che-D baru sempat back link beberapa rakan sahaja. Insya-Allah che-D akan menjelalah keseluruh england k. Kemudian barulah ke jepun, dubai, jerman dan lain-lain...So tunggu je la.

che-D adalah dalam kumpulan england..

Sehingga entri ini ditulis jumlah follower che-D sudah 161 orang...THANKS YEAW!!

JOM TAMBAH FOLLOWER


Jom join segmen nie sekali dari blog ARIL

12 Ogos 2011

SAYA MAU JOIN BELOGLIST CIK MARY


Che-d amat berbasar hati untuk menyertai segmen nie
yelah untuk support blogger baru menambah kenalan.
ok lah...

kepada cik mary pula, jangan lupa sertai segmen blog che-D k.
MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS
Ukhwatufillah.

11 Ogos 2011

IKAN KEMBUNG MASAK BERLADA


Salam...rasa macam lama che-D tak update n3 masakan. Pejam celik pejam celik dah hari ke-11 kita berpuasa. Hari nie che-D sempat masak ikan kembung berlada. Lagipun semalam dapat beli ikan kembung yang segar...syoknye bila makan. 

Sumber resepi : che-D @dee.licious

Bahan-bahan :
Ikan kembung dalam 4-5 ekor
10 biji cili padi
10 biji cili besar
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
Tomato kecil 
3 helai daun limau purut 
Sehelai daun kunyit dihiris
Air asam jawa
Sedikit garam dan gula

Cara memasaknya :
1. Goreng ikan kembung yang telah dipotong 2 terlebih dahulu dan asingkannya. Jangan goreng terlalu garing.
2. Tumbuk bahan tumis yang berwarna biru sehingga hampir lumat. Kemudian tumiskan dengan minyak yang panas.
3. Masak sehingga cili cukup masak untuk elakkan sakit perut. Campurkan air asam jawa dan juga daun limau purut yang telah diramas.
4. Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 
5. Terakhir masukkan ikan dan tomato dan gaul sehingga mesra.
6. Hias dengan hirisan daun kunyit.

SAYA MAU JOIN BLOGLIST CIK ROSS


Salam Ramadhan Al-Mubarrak.
First of all..che-D nak mengucapkan terima kasih kepada cik ross 
kerana telah menyertai segment di blog che-D.
So..kini giliran che-D nak support cik ross pulak.

Tarikh akhir segmen cik ross nie ialah 21 Ogos 2011.
errmmm..cepat ye kengkawan.

Sertai juga segmen MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS ye.

10 Ogos 2011

PROMOSI BLOG 500 FOLLOWER KE BAWAH


Che-D blokwalking lagi dan terjumpa segmen baru ini pula.
Ia dianjurkan oleh AA
Jom kita sertai sama-sama, just berkongsi nama & hobi.

Nama : Che-D a.k.a d'La Fadelia
Hobi : Masak-memasak

Tarikh tutup : 22 Ogos 2011
Sertai juga MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS ok.

JOM HEBOH BLOG BARU


Disebabkan follower che-D kurang dari 500,
so che-D sertailah segmen blog Hasrul Hassan.
Kepada blogger yang nak tambah kenalan bolehlah setainya beramai-ramai.
Tapi harus diingat, just for follower yang kurang 500 sahaja.

Tarikh tutupnya : 10 Ogos 2011
Moh le cepat yop...

Sertai  juga MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS ye.

MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH


Sempat lagi che-D menyertai segment Hannah Tots nie.
Walaupun tarikh tamatnya hari ini...still mahu menambah kenalan yang ada.
Jangan lupa sertai segmen MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS juga tau.
Jom kengkawan cepat sertainya sebelum terlambat.

GIVE AWAY AIDILFITRI ROROS


Penat berjalan, sempat menyinggah kat blog DarkRose
Hari-hari asyik buat entry masak memasak jek. Kali nie saja tukar angin.
Bukan apa?? Che-D nak support blogger so che-D pun sertailah GA nie
Ohh..kene perkenalkan nama & kerja or study kat mana

Nama : che-D a.k.a d'La Fadelia
Kerjaya : Seorang warga pendidik di salah sebuah sekolah di Kluang, Johor.

ok ke nie DarkRose...ok la ekk.
Jangan lupa join MARI MENAMBAH KENALAN DI @DEELICIOUS sekali k. 
No limit followers & closing date is 10 Syawal 1432H

09 Ogos 2011

LEMAK PISANG MUDA



Assalamualaikum...tup tup dah hari ke-8 kita berpuasa. Juadah apa tuan-tuan & puan-puan masak hari nie. Errrmmm pening jugak kan nak fikir masakan apa nak disajikan kepada keluarga tercinta. Hari ni che-D nak try masak lemak pisang muda.

Sebenarnya che-D baru pertama kali cuba nak masak lemak pisang nie, yelah bukan teror sangat pun bab masak...just try & error. Ini yang simple saje...kalau nak sedap bubuh la hirisan daging ataupun babat lembu.


resepi : che-D@deelicious


Bahan-bahan :
1 sisir pisang lemak manis muda
Santan pekat 150gm
Udang kering sebagai perencah
2 biji bawang besar dan bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 sudu ketumbar
1sudu kecil jintan halus
Sedikit lada hitam (gunakan sedikit sahaja elakkan panas badan di bulan puasa)
2 batang serai




Cara membuatnya :
1.      Buangkan kulit pisang muda tersebut dan rendamkannya ke dalam air garam. (buang kulit yang nipis sahaja)
2.      Tumbuk kasar pisang muda yang telah dibuang kulit menggunakan lesung batu. Asalkan pecah 3 atau 4 ok la.
3.      Rebus kesemua pisang dengan air garam. Setelah mendidih buangkan air tadi untuk buang getahnya.
4.      Tumbuk bahan perencah iaitu udang kering, bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, ketumbar, jintan dan lada hitam.
5.      Rebus pisang tadi dengan santan yang cair. Setelah mendidih masukkan bahan perencah yang telah ditumbuk.
6.      Masukkan santan pekat, garam secukup rasa dan juga batang serai. Tunggu sehingga mendidih dan hidangkannya.


08 Ogos 2011

TELUR GORENG MASAK TAUCU PUN OK JUGA..

Hehehe...sebenarnya lauk nie che-D masak untuk bersahur semalam. Walaupun berat jek mata nie pada awalnya nak bangun tapi tetap ku gagahi juga. Besar pahala orang bersahur nie.

Ramai yang menghadapi masalah bila nak masak sahur. Kebanyakan family kat luar sana tu, just panaskan jek lauk berbuka malam tadi kan....ye tak ye. Errrmmm ataupun masak scramble egg

Ibu-ibu cubalah resepi telur goreng masak taucu nie sekali sekala....yelah selagi mood bersahur tu masih ada. Lepas minggu ke-2 nanti mesti dah tak bangun sahur punye...baik cuba awal-awal nie.

Dalam resepi nie che-D terus masukkan sekali stok sayur-sayuran yang ado kat dalam peti tu...kobis bunga & sayur kacang peas. Kalau bubuh lobak merah dan kacang panjang pun ok jugak.
 

Bahan-bahan :
Telur ( mengikut bilangan ahli keluarga )
1 sudu besar taucu
1 sudu kicap manis
2 biji lada hijau
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sayur kobis bunga
Sayur kacang peas
sedikit air asam jawa


Cara membuatnya :
1. Goreng telur mengikut bilangan ahli keluarga yang ada. Asingkan ke pinggan lain dahulu.
2. Potong kesemua bahan tumis di atas. Tumis dengan minyak yang panas dan kemudian masukkan beberapa jenis sayur-sayuran kegemaran anda.
3. Masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit kicap manis biarkan mendidih. Tidak perlu masukkan garam kerana taucu sudah masin.
4. Masukkan telur goreng dan hidangan bersahur telah pun siap.

source : che-D@deelicious

06 Ogos 2011

BUFET RAMADHAN

Assalamualaikum kengkawan sekalian, macamana puasa hari ke-6 ni. Minggu pertama nie ramai yang masih keletihan..termasuklah che-D. Biasalah tubuh badan kita nak sesuaikan dengan keadaan berpuasa. Insya-Allah minggu ke-2 pasti akan lebih baik lagi.

Kebetulan hujung minggu nie ramai ahli keluarga yang pulang menziarahi ibu Zaliah dikampung. Nak berbuka puasa beramai-ramai katanya. Tapi taklah seramai mana cuma 4 keluarga sahaja. Che-D dan ibu Zaliah memang excitedlah nak memasak, tapi diorang ajak makan bufet pulak. Pada che-D bufet nie sangat membazir, yelah bayar mahal tapi makan banyak mana lah boleh sumbat kan. Emm...layan je lah.


Menjelang 7 malam maka berdedai-dedai ahli keluarga pergi ke hotel yang telah mereka tempah. Makanan yang disediakan kat sini pada che-D lah boleh tahan saje. Tak banyak juadah seperti beberapa tahun lalu. 

lamb chop pillihan che-D

lamb chop yang disediakan oleh encit suami

Memandangkan makanan tak banyak sangat choice, so kitaorang pilih yang mahal-mahal jek la. Masing-masing balun lamb chop....tu dia. Encit suami sempatlah tambah lagi sekeping lamb chop. Che-d pulak try makanan yang lain laksa nyonya...

 laksa nyonya...ok la..
perut dah kenyang.

Makanan family yang lain che-D tak sempat nak ambil...Yelah, diorang ambil terus makan...tak sempat che-D nak capture....errrmmm. Kitaorang stay kat sini lama, sampai kul 9.30mlm. Sambil bergilir-gilir pergi bilik solat. Pastu sambung lagi makan dan bersembang. Waktu bufet sampai kul 10.30 tapi masing-masing dah tak larat dah...kebuntat perut masing-masing dibuatnya. 

gambar anak buah yang dah keletihan main kejar-kejar
mak&ayah masing-masing rancak jek berbual.


05 Ogos 2011

LEMPENG & KARI DAGING



Juadah berbuka puasa hari ini tak spesial mana. Just menu yang simple jek. Ini just menu tambahan dari menu wajib iaitu nasi dan lauk.

Sebenarnya che-D teringin nak buat roti jala, tapi disebabkan acuan roti jala tu takde terpaksa lah che-D buat lempeng saje. Petua agar lempeng tidak keras dan tahan lama ialah pada kepekatan adunannya. Adunan lempeng biarlah cair seperti adunan roti jala, supaya lempeng tidak keras apabila sejuk.



TERBIASAKAN YANG BIASA


Al kisah pada tahun lepas, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.


Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.


"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur". Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam". Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.


Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik. "DUNIA sebagai ALAT menuju ke Akhirat ...AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

gambar sekadar hiasan ^^ ikhsan google