29 Julai 2011

KETAHUILAH OLEH KAMU


Pagi hari Jumaat ini che-D mendapat idea untuk memperbaiki blog @dee.licious. Dari tadi dok blogwalking & baca N3 kengkangwan, tetiba dapat idea untuk membuat satu label baru iaitu TAZKIRAH. Dalam tazkirah nie che-D akan memuatkan bahan-bahan bercirikan keagamaan yang sempat che-D baca dari mana-mana blog atau tulisan dalam internet. Yelah sumber dari internet nie kan tak terbatas dan lebih mudah berbanding dari dalam buku. Mudah-mudahan perkongsian ini menjadi peringatan kepada diri che-D sendiri dan kawan-kawan yang sudi membacanya.




"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? "

Yang paling jauh adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

"Apa yang paling besar di dunia ini? "

Yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

"Apa yang paling berat di dunia ini? "

Yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

"Apa yang paling ringan di dunia ini? "

Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

"Apakah yang paling tajam di dunia ini? "

Yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Kesimpulannya, Tujuan kita hidup ini adalah untuk beriman kepada Allah swt


26 Julai 2011

BEKAL KE SEKOLAH

Hari nie istimewa sikit sebab che-D bawa bekal ke sekolah. Apanye yang special?? Yang specialnya sebab bekal hari ini ialah Serawa Durian. Kalau nak tahu che-D nie bukanlah hantu durian tapi tak tahulah tahun nie lain macam sikit. En. suami suka sangat makan durian sampaikan durian gugur kat rumah ibu Zaliah pun sanggup ditunggunya.

Pening jugak che-D mulanya...tapi bila terdengar durian tu jatuh berdebuk kat belakang rumah terus excited. Kalau tengah-tengah malam dengar durian jatuh je cecepat en. suami pergi menyuluh. Pengalaman yang baru che-D dapat untuk musim durian kali ni, berlaku minggu lepas yang mana dalam masa 1/2 jam lebih kurang 7 biji durian gugur. Real punya....sangat mengujakan.

Berdebuk....bunyi tue memang terngiang-ngiang kat telinga che-D setiap kali mengunjung ke rumah ibu Zaliah. Anak orang taman masuk kampung...macam tue lah jakun. Yang kelakarnya che-D pula yang over dari en. suami suruh dia pegi kutip durian sebab takut dilarikan ciknyet. Kelakar-kelakar.

Lagi pengalaman baru musim durian kali nie..che-D biasa makan serawa tapi tak tahu pulak nama juadah tu serawa. Nasib baik lempuk durian tahu... kalau tak tahu memang kene hempuk. Serawa nie kebanyakan orang makan dengan pulut sedap tapi che-D masak pulut tak brape jadi, terlembik. Che-d masak serawa nie untuk minum petang semalam. Memang sengaja masak berlebihan untuk bawa bekal. Tapi pulut tak brape jadi so cicah roti je...ok jugak.



Serawa nie termanis sikit. Jemput makan kawan-kawan.

PANAS vs AIR

Couple week sebelum puasa nie, cuaca sangat panas kan. Ramai jugak yang che-D dengar sakit kepala dan sampai ke tahap migraine. Minta-minta bulan puasa nie cuaca redup je lah. Al-maklumlah bila cuaca panas nanti kuranglah pahala kita. Mana taknya asyik mengeluh dan kepenatan (tido).

Biasalah jika badan kita terasa panas or bahang mesti kita selalu digalakkan minum banyak air putih. Bercerita pasal air nie, semalam sekolah che-D mengalami gangguan bekalan air. Apa lagi kelam kabutlah semuanya. Lagi-lagi che-D yang memang terkenal seantero sekolah mempunyai masalah tut. Punca bekalan air yang dibekalkan ke sekolah che-D ini pula adalah dari perigi. Haa bayangkanlah…

Nasib baik hanya kawasan sekolah sahaja yang mengalami gangguan air nie. Jadi terpaksalah minta bantuan dari kampung, mana lagi kalau tidak ke surau kampung. Selepas melepaskan hajat che-D pun tadah air untuk kecemasan…hehehe.


Murid-murid pula digalakkan membawa bekalan air bersih ke sekolah untuk keperluan mereka sendiri. Kempen Menabung Air che-d rasa perlu dilakukan di mana setiap murid membawa sebotol air bersih dan dikumpulkan di beberapa tong yang disediakan pihak sekolah. 



Apa komen kengkawan….??

20 Julai 2011

#WW 01



lukisan kanak-kanak Palestine

lukisan kanak-kanak Iraq

lukisan kanak-kanak Amerika Syarikat

lukisan kanak-kanak Malaysia

WORDLESS WEDNESDAY

Dalam kalangan blogger Malaysia, ada trend terbaru iaitu segmen 
Wordless Wednesday (kalau pengguna twitter akan guna 
hashtag #ww atau #wordlesswedenesday) pada setiap hari Rabu.
Sebenarnya trend ni takde lah baru sangat di Malaysia, 
baru sahaja popular beberapa minggu (atau beberapa bulan?) yang lepas. 
Kalau blogger luar Malaysia dah lama dah join benda ni.



Apa itu Wordless Wednesday?

Ni saya copy dari laman web Answers.com:
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Komuniti #WordlessWednesday blogger Malaysia

Menariknya kini, di Malaysia, beberapa orang blogger telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah Facebook Page dan blog untuk blogger Malaysia berkongsi entry Wordless Wednesday mereka. Jadi setiap hari rabu, boleh lah korang terjah ke page ini untuk lihat hasil-hasil kreatif blogger Malaysia, atau pun submit entry korang di sana. Sebenarnya blogger Malaysia ni pun ramai gak yang kreatif hehe.


Wordless Wednesday kreatif blogger Malaysia

Ini antara entry wordless wednesday yang kreatif yang sempat saya tengok. Sebenarnya mungkin ada banyak lagi kat luar sana. Apa-apa pun, teruskan berkarya, blogger Malaysia memang kreatif.

penderaan seksual

**sumber copy & paste di sini.

CUCUR VADEH @dee.licious

Haa...hari nie excited che-D buat hidangan minum petang. Nak mencuba resepi baru. Sebenarnya che-D dapat ilham nak buat cucur nie bila tengok chef wan masak guna produk ayamas. Apalagi cecepat che-D cuba, lagipun resepinya mudah. Kalau kawan-kawan nak cuba....silakan.



Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung kacang dhal
1/2 cawan tepung gandum ( jika tak bubuh pun x pe)
1 bungkus hotdog hiris halus
1 sudu besar udang kering ditumbuk halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji cili merah / lada kering
daun kari
garam

Cara membuatnya :
1. campurkan semua bahan tadi dengan 2 cawan air sejuk.
2. panaskan minyak dan goreng seperti cucur.
3. hidangan dan siap sedia untuk di makan.

encit suami komen...suke, 
sedap la yang.


19 Julai 2011

SPAGHETTI GORENG ala dee.licious

Salam semua...hari che-D rasa malas masak lauk bukan apa en. suami tiada. Lagipun kalau che-d masak siapalah yang nak makan nanti. Dah petang baru che-D mula ke dapur untuk melihat apa yang ada di dapur masak ku.

Mulalah che-D membongkar stok barang dapur dan terjumpa spaghetti dan jugak macaroni, tapi nak masak apa ekk?? Penat fikir last-last masak la spaghetti. Bahan-bahan yang che-D guna nie pun apa yang ada kat rumah time ni.



Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti
2 biji bawang holland *
5 ulas bawang putih *
10 biji baby tomato *
4 biji cili hijau * ( lebih bagus guna lada benggala )
1 botol sos spaghetti kimball perasa cendawan 350ml
1 bungkus hotdog
1 bungkus isi ketam
1 batang saderi
daun sup
sedikit lada hitam
garam

Cara membuatnya :
1. memula panaskan air bercampur garam sehingga mendidih. Kemudian celur spaghetti sehingga kembang.
2. bahan-bahan bertanda * dipotong dadu dan kemudian di tumis sehingga wangi.
3. campurkan dengan sos spaghetti dan hirisan hotdog, isi ketam dan juga batang saderi.
4. masukkan spaghetti yang telah dicelur tadi dan campurkan sedikit garam dan lada hitam untuk menambah perisa.
5. hidangkan dan tabur daun sup yang telah dihiris.

15 Julai 2011

AKHIRNYA.....

Hari ini tak kira apa jadi, jadilah. Che-D mesti uruskan juga. Wah...banyak-banyak bersabar. Isu hari tak la besar mana pun cuma che-D mesti jumpa doktor gigi untuk cabut gigi bongsu yang tak menjadi...hehehe. 

Biasalah kalau dah nama gigi bongsu nie kan suka hati dia je nak keluar cam mana pun. Tahun nie je che-D dah 2 kali cabut gigi tau. Kedua-duanya adalah gigi bongsu. Yang pertama dulu masa awal tahun 1st week naik sekolah. Yang hari nie pula kali kedua. Dahsyat betul kan. 

Mengimbau kembali saat gigi bongsu che-D nak keluar, memang seksa. 2 minggu demam seram sejuk (waktu malam). Masa tue umur che-D baru 22 tahun dan masih belajar di UPM. Takut dibuatnya kerana waktu tu kecoh satu hostel pasal demam denggi dan ada mahasiswa yang baru meninggal kerana denggi berdarah. Che-D telepon mama June dan keesokkan terus che-D di bawa pulang ke home sweet home. Buat check up tak de sakit apa just demam panas, dapat MC 3 hari. Ya Ampun seksa kena demam menggigil-gigil tu.Baik je dari demam rupanya gigi bongsu nak keluar. Sabo je lah.

Kini kedua-dua gigi bongsu che-D dah di cabut. Sebenarnya hasrat mencabut gigi dah lama che-D peram, dari bulan lepas lagi semasa ada program Jom Jaga Gigi dan Kesihatan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor di kampung tempat che-D bertugas. Tapi atas nasihat doktor pada ketika itu, che-D tangguhkan kerana keadaan gusi yang bengkak dan peralatan yang tidak mencukupi. 

Gambar nie che-D ambil semasa Program Jom Jaga Gigi tempoh hari.

Nampaknya hari nie che-D tak boleh la makan yang panas-panas dan yang sejuk-sejuk (meaning yang sejuk tue fresh from fridge). Cam mana tu?? Yang sedang-sedang jek la, Lagipun che-D dah stanby bubur ayam Yans...hehehe. Lapar nie dari pagi cume sarapan beberapa kepingan biskut. 


MEE BANDUNG SPECIAL

Salam rakan-rakan sekalian, wah lama sungguh che-D tak online..Bissy sangat nie...Biasalah kerja banyak tertangguh, padan dengan muka eden...Last minute punye pasal, sampaikan nak online pun tak sempat. Lagipun bukan apa, takut bila dah online, laporan yang kene hantar tak dapat disiapkan. Nasib baik che-D dapat bantuan dari rakan-rakan yang lain..terima kasih kepada semua rakan che-D yang sudi membantu.

Semalam langsung che-d tak memasak. Habis kerja terus ada urusan yang perlu diselesaikan. Kelam kabut jugaklah dibuatnya...tapi alhamdulillah dapat diuruskan dengan jayanya. Sampai ke malam che-D lupa nak makan. Bila mr. suami balik barulah kami keluar makan. Malam-malam nak makan nasi malas, che-D terfikir satu restoran nie ada menyediakan beberapa hidangan spesial. Che-D pun order mee bandung special. Haa tengoklah gambar kat bawah nie, betapa grand dia punye bahan. Ada hirisan ayam, udang dan juga hirisan daging. memang power. Sampai kebuntat che-D dan mr. suami dibuatnya.



Buat rakan-rakan yang nak mencuba, bolehlah pergi ke kedai Kak Mai Arab di Jalan Hj. Manan. Emm kalau dah rasa, jangan lupa tinggalkan komen di sini, OK.

06 Julai 2011

PRIHATIN & SEKADAR MEMBANTU RAKAN BLOGGER


Assalamualaikum semua...hari ini che-D betul-betul terpanggil untuk menulis N3 ini. Sebenarnya keinginan che-D nak menulis ini adalah dari semalam, tetapi kerana sudah lewat che-D postpon ke hari ini. Malam tadi che-D blogwalking ke blog sahabat karib che-D iaitu Ummu Muhammad, biasalah jalan-jalan baca entry. Mata che-D terpaut pada gambar bayi kecil di bawah ini. Bayi ini masih kecil dan tak mengerti apa-apa, namun dugaan yang Tuhan beri kepadanya sungguh berat.


Anak kecil ini merupakan zuriat kepada pasangan bahagia iaitu Talib dan Norma. Bayi comel ini telah diberi nama Abdul Rafiq. Rafiq sempat dijaga dan dibelai oleh ibunya selama beberapa minggu sebelum ibunya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit kronik iaitu barah otak. Kisah seterusnya adalah mengenai Norma yang tabah dan kuat menerima ujian Ilahi, semoga Norma sentiasa berada dalam pelindungannya.

Sinopsis cerita.
- Nama ibu bayi comel Rafiq ini ialah Pn. Noormawati binti Mohd Rasif
- Merupakan seorang pendidik
- Melangsungkan perkahwinan pada mac 2010
- Mempunyai seorang suami yang amat menyayanginya…iaitu En. Talib
- Dimasukkan ke wad pada 1 mac 2011 kerana penyakit barah otak
- Pada ketika itu, Norma baru melahirkan Rafiq dan masih dalam hari
   berpantang lagi.
- Saiz ketumbuhan itu adalah 5cm X 5cm
- Pembedahan pertama berjaya namun ketumbuhan itu masih ada
   20% dalam kepalanya (berakar).
- Sehingga kini Norma telah menjalani 5 kali pembedahan dan
   penyakit barah otak beliau adalah berada pada tahap 4.
- Baru-baru ini saiz ketumbuhan itu membesar kembali dengan aktif
   dan saiznya kini adalah 7cm X 7cm.



Loving couple Norma & Talib.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 kasih Norma & Talib dulu, kini dan selamanya


.
.
.
.

Keadaan Norma kini selepas dibenarkan keluar dari hospital
 iaitu pada hari ke 100 


Dugaan yang Tuhan kirimkan kepada pasangan bahagia ini sungguh berat, namun Tuhan maha mengetahui segala qada' dan qadar nya. Di harap seluruh keluarga mereka terus tabah menghadapi ujian ini. Jika rakan-rakan ingin mengetahui updated terkini keadaan Norma, bolehlah berkunjung ke blog kakak ipar Talib iaitu Moon. Jasa Moon kerana membantu keluarga Talib mungkin tak dapat mereka lupakan. Dan juga kepada rakan yang ingin terus menghulurkan bantuan bolehlah menderma walaupun RM5 untuk meringankan beban keluarga ini. Dipercayai kini Norma sedang menerima suntikan antibiotik kuat yang berjumlah lebih 10K. 


Noormawati Mohd Rasif
CIMB - 01070068677528



05 Julai 2011

P&P KUIH MUIH TRADISIONAL

Ini bukan matapelajaran KH tapi Bahasa Melayu. Minggu ini che-D mengajar tajuk kuih muih tradisional. Bukan main seronok lagi bebudak nie bila che-D kata esok kita masak satu resipi kuih muih tradisional iaitu Getuk Ubi. Semua bahan-bahannya cikgunya lah yang bawa dan sediakan. 

Semua langkah-langkah dilakukan oleh anak didik che-D ini. Cuma part merebus je cikgunya tolong. Yang lain mereka buat mengikut arahan che-D. Tak lama pun P&P ini, satu jam memang cukup dan che-D sempat menyuruh mereka menyatakan semula langkah-langkah cara memasaknya. Sebelum ini che-D ada meminta mereka membuat karangan resipi nasi goreng, namun mereka tidak tahu cara membuatnya dan juga menulis resipi tersebut. Tapi dengan P&P sebegini mereka dapat mengingat dengan mudah, serta didedahkan dengan penggunaan penanda wacana. 

Murid suka, cikgu pun gembira.


Inilah hasilnya...

DI SINI ADA SEGALANYA

Melihat bandar kelahiran che-D ini berkembang maju, rasa gembira sangat. Yelah kalau 30 tahun dahulu apalah yang ada di sini. Kluang ibarat sebuah pekan kecil sahaja. Tetapi kini semua sudah berubah. Banyak taman perumahan baru di bina ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Penduduk semakin ramai, empayar bandar Kluang juga semakin meluas...

Tetapi masih ada kenangan che-D dengan bandar Kluang yang dulu yang tak dapat che-D lupakan. Iaitu stadium Kluang dan tempat berniaga & makan orang-orang Melayu di belakang Cornation ( atau lebih famous belakang Coro ). Stadium Kluang yang dahulu terletak betul-betul di tengah bandar Kluang. Hampir setiap petang che-D dan adik akan menemani ayah bermain bola sepak dengan rakan-rakannya. Masa tu ayah masih berkhidmat dengan pasukan tentera udara. Che-D dan adik pula akan bermain bola bersama anak-anak kawan ayah. Sayang seribu kali sayang kini stadium lama itu sudah lenyap...dan stadium baru pula berada jauh dari bandar.

Lepas tue setiap kali time gaji je, mesti satu family akan makan kat belakang Coro. Masa kecil nak makan apa semua dapat, yang paling che-D ingat ialah sate dan air cikong. Wah bestnya.... Area belakang Coro time tue memang havox la. Bayangkanlah lebih dari 30 kedai makan ada di situ. Nak makan ape aje semua ada. Kini tempat makan orang Melayu semua dah tak ada.

Apapun biarlah kenangan yang lama itu che-D abadikan dalam lipatan sejarah bandar ini. Apa yang che-D terperanjat baru-baru ini ialah wujudnya restoran makan Domino's Pizza pulak. Rasanya tetiba jek restoran ini  ada, pelik tapi benar. Itulah perkembangan terbaru yang ada di sini.



Kebetulan pulak time gaji kan. Apa lagi singgah jek la...jenguk-jenguk apa yang ada. Banyak pilihan rupanya, dari pizza crust, source, menu dan boleh customize lagi. Ok la. Sekian dulu cerita che-D...bye.

03 Julai 2011

BABY KAILAN PUN BEST

Hari nie che-D tak masak lauk, sebabnya sup tulang semalam tak habis lagi....hehehe. Yelah makan berdua je kan mana habis. Lagipun sup tulang semakin direbus semakin sedap. Hari nie che-D masak sayur baby kailan. Kenapa masak baby kailan?? Sebenarnya che-D teringat masa pergi ke pekan Kahang tempoh hari che-D ada singgah membeli ikan kering haruan. Dah 2 minggu lebih ikan kering tue ada dalam peti ais, last-last masa belanja  dapur semalam che-D sambarlah sayur baby kailan nie.


Selalunya che-D masak sayur gunakan minyak zaitun. Bila guna minyak zaitun nie janganlah over cook, nanti khasiat sayur dan minyak tue hilang pulak. Just nice,ok. Lepas masak sayur nie, che-D tambah lagi dengan telur dadar...Wah macam makan kat kedai pulak kan lauk-lauk yang che-D makan hari nie. BEST...


02 Julai 2011

SUP TULANG ISTIMEWA

Sebenarnya che-D dan suami dah lama teringin nak makan sup tulang. Kalau makan kat luar harga sup tulang sekarang ialah lebih kurang RM7-RM8... mahalkan, pastu berebut bila makan, hehhe. Lebih puas hati jika kita masak sendiri. Actually che-D tak brape pandai masak sup tulang, tapi masak supkan bedal je lah.


Hehehe...inilah hasilnya sup tulang che-D. Kalau nak tahu apa bahan-bahan yang che-D gunakan untuk masak sup tulang ni, jom check it out kat bawah ni :

Bahan-bahan : 
1kg....tulang lembu
2 biji....bawang besar/ bawang holland
7 ulas....bawang putih
2 inci....halia
7-10 biji....cili api
1 biji.....buah lemon
daun sup

Cara memasaknya :
1. Rebus dahulu tulang tersebut lebih kurang 45 minit dengan api yang kecil.
2. Tumbuk kasar halia, bawang putih dan cili api dan masukkan ke dalam rebusan tulang bersama garam sesedap rasa. Teruskan rebus lagi 1/2 jam.
3. Potong bawang holland besar-besar, masukkan bersama perahan 1/2 biji buah lemon.
4. Sup tulang boleh diangkat setelah hampir 2 jam direbus.
5. Perlu diingatkan, rebus tulang dengan api yang perlahan untuk menjaga kesedapan dan kemanisan sup tulang ini.